Hiburan

“Lebih merisaukan, dia memberikan ugvtan kepada kami” -Kamal Adli ceder4 p4rah, Uqasha Senrose ket4kutan

“Sayang, saya takut.”

Itu kata-kata akhir pelakon, Kamal Adli kepada isterinya, Uqasha Senrose sebelum dimasukkan ke bilik pembedahan selepas diser4ng secara mengejut oleh seorang individu tidak dikenali.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Uqasha yang ketika ini berada di Singapura memberitahu, kejadian berlaku secara tiba-tiba apabila seorang lelaki menyer4ng Kamal dengan menggunakan cota.

Kongsi Uqasha, Kamal dipukvl bertubi-tubi di seluruh badan sehingga bahagian belakang kepalanya pec4h menyebabkan pendarahan yang banyak.

“Kami ada acara ekspo di Singapura. Hari ini adalah hari terakhir dan kami dah nak selesai. Lebih kurang jam 10 malam, ada seorang makcik nak bergambar di kerusi roda.

“Saya dan Kamal sedang bergambar dengan peminat. Tiba-tiba, ada seorang lelaki datang dan bertanya, Kamal mana.

“Kami fikir, dia peminat. Kamal tegur dia, tiba-tiba dia keluarkan cota dari poket. Dia pukvl berkali-kali belakang kepala.

“Darah berjurai di baju. Apabila Kamal angkat kepala, dia pukvl di tulang pipi. Kemudian berkali-kali di badan dan dia pun ada senj4ta tajam,” ujarnya.

Dalam pada itu, Uqasha memaklumkan, dia masih menunggu perkembangan keadaan Kamal yang ketika ini berada dalam bilik pembedahan.

“Saya sedih kerana Kamal perlu jalani pembedahan, sebab belakang kepala luka panjang. Mungkin dia kena ditidurkan. Saya tak tahu.

“Saya tak boleh nak masuk bilik pembedahan sekarang. Cuma boleh buat laporan polis di Singapura,” katanya ketakutan.

Sementara itu, pelakon Rindu Awak Separuh Nyawa turut meluahkan kerisauannya apabila dia dan adik beradiknya menerima ugvtan daripada individu itu.

“Bila dia dah ditangkap oleh orang awam, dia berikan beberapa alasan antaranya, kononnya dia dihantar oleh satu pihak.

“Kemudian, katanya dia ada isu peribadi dengan Kamal dan bila ditanya lagi, dia beritahu bahawa dia cemburu apabila Kamal berkahwin dengan saya.

“Tapi lebih merisaukan, dia memberikan ugvtan kepada kami. Katanya, dia ingat wajah kami termasuk adik beradik saya, kami akan menanggung akibatnya.

“Kalau dia ada cota dan senj4ta tajam, tak mustahil dia ada senj4ta api juga. Depan polis pun dia berani berikan ugvtan”, kongsinya.

Uqasha dalam pada itu memohon semua yang mengenali suaminya untuk mendoakan kesembuhan dan keselamatan mereka yang berada di Singapura ketika ini.-UTUSAN

Sumber : utusan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button