Hiburan

Wawa Zainal Sedar Diri Ada Yang Tegur Lain Muka Tanpa Solekan, “Masalahnya tak mekap nampak cam budak sekolah..

Pelakon dan usahawan terkenal Wawa Zainal baru-baru ini menjadi perhatian ramai. Seorang selebriti dengan tahap kejelitaan tersendiri serta personalitinya sering mencuri tumpuan peminat.

Terbaharu satu video yang dimuat naik menerusi akaun Instagram milik Wawa Zainal telah menjadi perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut dilihat Wawa Zainal sedang bercakap merendah diri tentang wajahnya.

Kata pelakon wanita ini, ada yang menegur mukanya tanpa solekan nampak lain. Tambahnya lagi dia sedar diri akan keadaan tersebut.

Berikut adalah rakaman Wawa Zainal sedar diri bila ada yang tegur lain mukanya tanpa solekan ini:

“Kamu cakap aku tidak cantiklah jika tidak makeup? Ya aku sedar diri, sedar ruang. Thats why I perlukan makeup…” jawab Wawa Zainal.

Malah Wawa Zainal juga akui yang dia adalah manusia biasa dan disebabkan itulah dia ada parut jerawat dan sebagainya. Sikap merendah diri dan personaliti Wawa Zainal sedar diri ini menjadi pujian ramai.

Di ruangan komen, rata-rata warganet meninggalkan kata-kata pujian mereka terhadap isteri Aeril Zafrel yang nampak jelita biarpun berwajah tanpa solekan. Berikut antaranya:

“Masalahnya tak mekap nampak cam budak sekolah..Mekap nampak cam awek orang..Cantiknya ciptaan Allah ni”

“Eh tanpa makeup pun lawa masih bah. Kalau kan mau lawa gila2 tu..Mustahil baa tu, kita2 ni kan cuma manusia..Mana ada sempurna kan”

“Tak mekap lagi cantik. Muda nampak macam budak sekolah menengah wawa”

“Lawanya la ba. Kalau tiada makeup..Kalau makeup lagi tambah lawa”

Sumber: syor

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button