Hiburan

“Mungkin Orang Nampak Kita Senang Tapi Hakikatnya…”- Terima hadiah kereta baru, ramai puji sikap sederhana Amyra Rosli dan Amar Baharin

Pelakon Amyra Rosli akui kesenangan yang dilihat terhadap keluarganya dengan suami, Amar Baharin tidak sama seperti yang dibayangkan.

Kata Amyra atau Nur Amira Izzati Rosli, 30, mereka terpaksa berkerja keras untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan seperti terbaharu kereta jenis Honda yang dikejutkan oleh Amar.

“Sayang, terima kasih sangat tau. Mungkin orang nampak kita senang untuk dapat itu ini, tapi hakikatnya hanya kita sahaja tahu macam mana usaha keras kita untuk miliki semua pinjaman Allah ni.

“Mommy (Amyra bahasakan dirinya) doakan sayang murah rezeki dan sentiasa dalam jagaan Allah,” katanya.

Amyra berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram (IG) Story miliknya semalam.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik Amyra, 31, di laman Instagram miliknya, dia berkongsi keterujaannya dan suami, pelakon Amar Baharin, 37, di atas kurniaan rezeki kereta baharu bagi memberi keselesaan buat mereka sekeluarga.

video

“Dengan izin Allah. For Him & For Her. Alhamdulillah.Rasulullah SAW menyatakan bahawa harta yang paling baik dinafkahkan ialah kepada ahli keluarga,” tulisnya sambil disusuli sabda Daripada Tsauban RA bahawa Rasulullah SAW bersabda.

“Maksudnya: Sebaik-baik dinar (wang atau harta) yang dinafkahkan seseorang ialah dinar yang dinafkahkan untuk keluarganya, dan dinar yang dinafkahkan untuk ternakan tunggangannya (kenderaan) yang digunakan di jalan Allah dan dan dinar yang dinafkahkan untuk para sahabatnya yang berjuang di jalan Allah.Hadith Riwayat Muslim: 994,” tulis Amyra di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Amya turut berkongsi tip murah rezeki yang diamalkan selama ini kepada pengikut laman sosialnya.

“Kepada yang baca kapsyen ni jangan berhenti berusaha, berbakti pada ibu bapa, jangan sombong, jangan tinggal sedekah dan sentiasa taat perintahNya. Insya-Allah Dia permudahkan hidup kita dan lapangkan rezeki kita.

“Miskin kaya, Bahagia, sakit, berjaya itu semua ujian.Sentiasa bersyukur apa yang telah diatur oelh Yang Maha Esa,” kongsinya.

Rata-rata warga maya memberi pujian buat pasangan selebriti ini yang dilihat sangat bersederhana walaupun mereka lebih daripada mampu untuk membeli kenderaan yang jauh lebih mahal dan mewah.

“Suka tengok pasangan ni. Kereta biasa-biasa pun dh bersyukur. Tak payah BMW, Merc ka. Sederhana Alhamdulillah.

“I just wanna say, sejuk hati tengok video ni. You guys sangat pure and transparent couple. They just happy on their way sebab semua hanyalah pinjaman Allah.

“I selalu perasan this couple punya life journey, they are supporting each other sebab tu Allah murahkan rezeki kalian. Even i rasa you guys mampu beli lebih dari ni, but you guys choose to be lowkey and happy on your own way. Teruskan this kind of attitude, semoga Allah rahmati keluarga ini dunia akhirat.

“Alhamdulillah tumpang gembira dan bahagia tengok. Semoga dimurahkan rezeki dan bahagia till jannah insya-Allah,” komen beberapa netizen.

Untuk info, Amyra dan Amar berkahwin pada 11 November 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata, Aqeef Anaqi, 5, dan Ayra Aryssa, 2 tahun.

 

Sumber: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button