“Kami Pernah Duduk Sebelah, Tahu Dia Pernah ‘Cuba’ Ijoy,” – Sharifah Shahirah Cerita Wanita Nak ‘Sondol’, Pandang & Tenung Saja
“Saya ni seorang yang suka tengok perangai masing-masing. Kadang saya sokong yang pertama dan ada ketika saya suka yang nombor dua pula.”
Demikian kata peyampai radio dan hos, Sharifah Shahirah mengenai situasi wanita yang berkongsi kasih dengan suami orang.
Shahirah yang mesra disapa Kak Rara akui kerana tindakannya itu, ada yang menyelar dengan mengatakan sekiranya dia berbuat demikian, suaminya yang juga pelakon Ijoy Azhari pula akan ‘disondol’ wanita lain selepas ini.
“Ada yang cakap ‘baguslah, esok pula Ijoy pula yang akan disondol’. Jujurnya sudah lama ramai yang cuba ‘sondol’, tapi memandangkan saya pernah berhadap dengan insiden berkenaan sebelum ini, saya tidak pernah lagi cuba untuk serang wanita itu.
“Sedangkan kami pernah duduk bersebelahan dan tahu dia pernah ‘cuba’ suami saya. Saya cuma pandang dia sahaja. Saya percaya kepada ketentuan Allah SWT. Kalau ditakdirkan dia bersama suami saya ketika itu, kau akan hadapi perasaan apa yang aku rasa.
“Alhamdulillah bila saya fikir macam tu, Allah SWT kurniakan saya rezeki yang lebih besar. Kita tak perlu nak tunjuk kebahagiaan kita pada semua orang. Jadi situasi sedemikian saya sebenarnya sudah pun lalui.
“Kalau wanita tersebut semurah itu (cuba goda suami orang), jadi anda memang begitulah. Lama kelamaan saya percaya orang akan tahu diri kita bagaimana. Tak perlu saya nak tunjuk diri ni baik sangat sebab kita pun bukanlah sempurna.
“Malah saya pernah berniat untuk meminta wanita tersebut supaya jelaskan tapi tak sampai hati sebab kesian. Jadi saya bersabar sajalah. Tambah pula saya dan suami sudah berterus terang dan berbincang mengenai hal tersebut.
“Saya beritahunya, ‘instinct’ isteri kuat dan dapat rasa. Lagi pula kami bekerja dalam bidang yang sama. Jadi segala tindak tanduk tak perlulah di antara kita cari salah masing-masing sedangkan orang biasa pun akan ada yang sampaikan maklumat.
“Selebihnya saya cuba sabar sebab saya rasa bila buat begitu, inilah yang dikatakan sabar itu separuh daripada iman” katanya kepada MH.
Shahirah berkongsi kisah lamanya itu ketika ditemui pada Sidang Media Jelajah Suria x Anggun Cotton Collection di Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ditanya penerimaannya terhadap golongan yang mengamalkan poligami, Shahirah bersikap terbuka dan mahu berbuat baik dengan semua orang.
“Saya ada berkawan dengan mereka yang bergelar isteri pertama, kedua dan ketiga. Itu hak kalian. Apa pun kalau ada yang nak ‘menyondol’ ke apa, tidak perlu untuk mengata orang lebih-lebih.
“Kalaulah terjadi kepada saya, InsyaAllah tiada rasa nak tarik rambut perempuan itu. Lebih baik tengok, tenung sambil cakap ‘kau siap’. Tapi tak pastilah apa yang berlaku dalam perjalanan hidup saya. Lebih 10 tahun akan datang misalnya, kita tak akan tahu apa jadi.
“Selebihnya kita berdoa, tawakal dan berserah. Cuma masing-masing kena kawal diri. Saya pun tak boleh nak cakap lebih kerana kita pun ada anak perempuan. Jadi kena beringat sajalah. Saya selalu beri pesan kepada anak-anak,” katanya lagi.
Sumber : MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.