Hiburan

“Persembahan Cecah Enam Angka,” – ‘Sutera’ Dapat Standing Ovation, Aisha Retno Mega Dengan Gimik ‘Terbang’

Aisha Retno tampil melakukan gimik ‘terbang’ ketika membawakan lagu Sutera pada malam kemuncak Anugerah Juara Lagu ke-38 (AJL38) yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini.

Kemunculan kali pertama Aisha di pentas berprestij itu turut dipenuhi dengan jeritan suara peminat yang terkesima dengan gimik yang dipersembahkan.

Lebih istimewa, Aisha turut mendapat ‘standing ovation’ kedua daripada penonton.

Aisha yang mempertaruhkan lagu ciptaannya bersama MFMF mengakui sudah berhabis ratusan ribu Ringgit bagi menjayakan persembahan terbaik malam ini.

“Anggaran kos keseluruhan boleh dikatakan mencecah enam angka,” katanya kepada Harian Metro.

Pada acara berprestij itu, persembahan Aisha turut diiringi 22 penari yang lincah dan bertenaga dengan tema Jawa yang dibawakan.

Mengakui 11 finalis lain mempunyai keistimewaan dan kekuatan tersendiri, Aisha berkata, tiga lagu yang memberi saingan kepada lagu Sutera adalah Kalam nyanyian Shiha Zikir, Santai (Naqiu) dan Kucuma (Wany Hasrita/Afieq Shazwan)

“Ada tiga lagu yang memberi saingan seperti Kucuma, Kalam dan Santai.

“Bagi kategori vokal pula, sudah tentulah Aina Abdul, Ernie Zakri dan Marsha Milan. Malah penyanyi lain yang bertanding juga hebat,” katanya.

Sumber: HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button