Hiburan

“Klu Dgn Sharnaz Pun Ada Mslah, Itu Adalah..”- Shuib Tiba2 B0ngkar Masalah Sharnaaz. Rupanya Ini Berlaku Selama ni

Bandar Tasik Permaisuri: Pelawak dan usahawan, Shuib memaklumkan rakan pelakon, Sharnaaz Ahmad bukan lagi rakan kongsi  francias Bubble Bee yang diuruskannya.

Menurutnya menerusi perbincangan, mereka mencapai penyelesaian yang baik dalam perkara ini. “Dia salah seorang rakan kongsi kita di cawangan di Setapak. Itu kerjasamanya dengan Bubble Bee. Akhirnya kita selesaikan dengan beli semula cawangan itu.

 

“Saya buat perbincangan sangat baik dengan Sharnaaz. Kami beli semula cawangan itu dan alhamdulillah semua berjalan lancar. “Saya dengan dia okey tiada masalah. Namun saya tak tahu punca dia enggan teruskan bisnes ini,” katanya yang ditemui pada majlis pelancaran Bubble Bee by Zara Zya, hari ini. Shuib berkata, dia beranggapan kesibukan Sharnaaz menjadi punca dia melepaskan bisnes ini. “Saya kenal dia seorang yang sibuk.

“Kalau semasa dengan Sharnaaz pun ada masalah, itu adalah masalah dalam bisnes. Ia takkan dibawa masuk dalam industri. “Saya boleh pergi main golf dengan dia dan lepak dengannya. Buat program pun bersama-sama dengan dia. Memang tiada masalah langsung sebab dia pun bisnesman,” katanya. Shuib berkata, dia pernah berdepan dugaan yang sangat hebat dalam bisnes apabila diminta membantu siasatan

“Ketika itu saya beranggapan mungkin ada orang tak suka tengok kita berjaya. Saya kadang-kadang tengok Ahli Lembaga Pengarah kata jangan beritahu orang apa wawasan kita dan apa sukses kita. “Tapi saya tak boleh lari dari benda ini. Saya pula pegang kalau benda ini boleh bagi inspirasi pada orang lain, mengapa tidak? Sebab saya juga terinspirasi dari orang lain. “Saya terinspirasi dengan Datuk Rosyam Nor. Saya okey dengan dia. Metro

Shuib penyampai baharu Suria FM

Teka-teki mengenai penyampai baharu segmen pagi di Suria FM yang menggantikan Fizi Ali terjawab apabila pelawak dan usahawan terkenal, Shuib Sepahtu diumumkan sebagai ahli keluarga terbaharu stesen radio tersebut bermula Isnin depan bergandingan bersama Suraya Borhan dan Ajak.

Pengumuman tersebut dibuat secara terbuka oleh Pengurus Besar Suria FM yang juga penyampai Suria Cinta iaitu DJ Lin sebelum tamat siri Jelajah 90 Suria Memang Cantik Kak Ell bertempat di IOI City Mall di sini sebentar tadi.

“Kita harap dengan pelantikan Shuib akan memberikan impak lebih baik kepada pasukan Suria sekali gus dapat menarik lebih ramai pendengar baharu.

“Kita juga berterima kasih kepada Shuib kerana sudi menyertai kami sebagai penyampai Suria Pagi yang dikenali sebagai Morning Morning Suria,” katanya.

Jelajah Suria 90 Memang Cantik Kak Ell memasuki siri terakhir hari ini selepas menjelajahi beberapa negeri seperti Kuantan, Pahang, Alor Setar, Kedah dan Johor Bahru, Johor bermula awal bulan ini.

Hampir 12,000 pengunjung hadir menyaksikan persembahan gandingan artis 1990-an terkenal seperti Amir UK’s, Mus dan barisan artis popular seperti Dayang Nurfaizah serta Ziana Zain.

Tidak ketinggalan, persembahan turut diserikan dengan barisan artis muda seperti Haqiem Rusly, Wany Hasrita, Imsomniacks, Floor 88, Iman Troye, Amir Masdi, Nuha Bahrin dan Naufal Azrin.

Shuib bakal bergandingan bersama Ajak dan Suraya menerusi segmen Morning Morning Suria bermula Isnin ini.

Terdahulu, selepas enam tahun menabur bakti bersama Suria FM, Fizi yang juga bekas suami kepada pelakon Shakilla Khoriri membuat keputusan untuk meninggalkan stesen radio tersebut sekitar Julai lalu.

Fizi berkata, dia mengambil masa yang lama untuk membuat keputusan dan memilih untuk tidak menyambung perkhidmatannya dengan Suria FM.

Teka-teki bahawa dirinya bakal menyertai Hot FM akhirnya terjawab apabila disahkan menjadi ahli keluarga baharu stesen radio tersebut bermula awal Ogos lalu bergandingan bersama pelawak Fad Bocey menerusi segmen Sembang Squad. – KOSMO! ONLINE

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button