Hiburan

(Vide0) Rumah Tinggalan Arwah Abam Penuh Dengan Semak, 1 Jam Hidayah Tunggu Tapi ‘Pihak Sana’ Tak Buka Pintu

Pejam celik pejam celik, hari ini genaplah tiga tahun pemergian pelawak terkenal, Abam Bocey. Isterinya, Siti Norhidayah Mohd Ali bertindak berkunjung ke rumah peninggalan arwh bersama peguamnya tapi pintu tak dibuka.

Menerusi hantaran di Instagram, Hidayah meluahkan rasa sebak melihat keadaan rumah yang penuh dengan semak samun. Katanya, di luar rumah kelihatan motosikal dan kereta penghuni namun tiada siapa yang menyahut salamnya atau keluar bersemuka.

Tolong bayar RM60k dan serah kunci rumah

 

Ibu tunggal kepada seorang anak ini sedih apabila dirinya tak dibenarkan untuk masuk ke rumah sendiri. Hidayah sempat merakam bukti melihat kereta di luar rumah dan ada orang masuk rumah.

Hari ini 10/02/2023 genap 3 Tahun arwh tinggalkan kami.. Abang sayang datang rumah kita tapiiii.. Korang nilaikan sendiri.. Pihak di sana tolong buat bayaran RM60k. Peguam Dayah 2 kali hantar surat 21 hari tapii pihak sana hanya berdiam diri dan permainkan perintah mahkamah..

Hidayah memohon orang ramai menilai sendiri layanan yang diterimanya daripada pihak sana. Dia turut memohon pihak sana menjelaskan bayaran saman RM60,000 serta menyerahkan kunci rumah seperti diperintahkan mahkamah dengan segera.

Kredit: Instagram Hidayah

Sumber: ohmedia

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button