Hiburan

Sudah selesai GV9, Zaf minta jangan guna lagi nama VE… Kesal dipinggirkan sebagai ketua kumpulan

KUMPULAN VE yang baru sahaja selesai persaingan di pentas Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) diminta tidak lagi menggunakan nama tersebut selepas ini.

Perkara itu ditegaskan oleh anggota kumpulan asal VE iaitu Zaf yang juga bertindak sebagai ketua sejak awal pertubuhan mereka.

“VE adalah VE. Nama, reputasi dan hasil kerja kumpulan itu dibina dengan susah payah. Jadi, cukup 11 minggu digunakan, adalah lebih baik bergerak ke hadapan sebagai kumpulan dan nama baru.

Fakhiz, Cham, Adeeb dan Hakim mewakili VE di GV9.

“Di sini saya mohon semua pihak menerima keputusan ini dengan hati yang terbuka, kita saling menghormati dan semoga hubungan silaturahim tidak terus keruh,” katanya.

Tambah Zaf, dia mengambil pendekatan untuk tidak bersuara sebelum ini kerana enggan menimbulkan sebarang salah faham atau kekecohan sepanjang GV9 berlangsung.

Dalam masa sama, Zaf mendakwa dia tidak tahu apabila anggota baharu iaitu Fakhiz yang sepatutnya hanya mengggantikannya untuk GV9 diserap terus sebagai salah seorang anggota tetap.

“Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri.

“Saya selaku ahli asal dan ketua juga keliru sebab saya tidak tahu menahu perkembangan mereka malah diketepikan sepenuhnya termasuk membabitkan pengambilan ahli baharu.

“Fakhiz sebagai contoh, sepatutnya hanya sebagai pengganti saya, tiba-tiba saya dapat tahu sudah diserap sebagai ahli VE. Sejak bila dan atas persetujuan siapa?” jelasnya.

Saya yakin tidak ada masalah dan mereka mampu mencipta jenama baharu memandangkan sudah mempunyai kelompok peminat tersendiri

ZAF VE

Dalam GV9, VE dianggotai oleh Adeeb, Cham, Fahkiz dan Hakim.

Salah faham antara mereka mula timbul apabila Zaf diketepikan oleh pihak pengurusan walaupun pada awalnya dia merupakan individu yang terlibat dalam perbincangan menyertai GV9.

“Saya yang pada asalnya berbincang dengan Astro mengenai penyertaan VE dalam GV9.

VE mendapat tempat kelima di pentas GV9.

“Kalau ikutkan saya boleh muncul pada minggu tertentu seperti dibincangkan dan Fakhiz hanya akan menggantikan saat ketiadaan saya.

“Tapi keadaan jadi lain, malah saya tidak tahu menahu langsung perkembangan selepas itu termasuk pengambilan ahli baru,” ujarnya.

Untuk rekod, ahli asal VE atau Voices Of Euphonious yang ditubuhkan sekitar 1997 ialah Zaf, Lah dan Shahir.

VE kemudiannya turut dianggotai oleh Damian dan Cham.

Sumber:mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button