[Vide0] Lelaki menjerlt dig4nggu tikus ketika ‘lepas hajat’ sambil main TikTok, keluar tandas ‘c0ver’ malu beritahu isteri konon ada hantu
SEDANG asyik ‘melepas hajat’ di dalam tandas, tiba-tiba muncul tetamu tidak diundang.
Dalam keadaan yang mencemaskan, seorang lelaki hanya mampu menyimbah air bagi menghalau ‘tetamu’ itu yang datang mengganggu.
Gangguan tersebut sebenarnya datang daripada seekor tikus yang kemudian disimbah dengan air beberapa kali sebelum ia terjatuh ke dalam lubang tandas.
Berkongsi pengalaman, Muhammad Wafiuddin Mohd Lazin berkata, insiden berlaku pada Ahad malam lalu ketika dia membuang air besar di tandas rumahnya di Pasir Mas, Kelantan.
Lelaki berusia 27 tahun itu mengakui terkejut dan benar-benar tidak menyangka seekor tikus akan muncul ketika dia menggunakan tandas jenis mencangkung itu.
“Masa saya nak buang air, tiba-tiba saya rasa ada kelibat hitam lalu dari arah belakang. Sekali dan dua kali ‘melintas’ dan apabila saya toleh ke belakang, tak ada pula… macam menyorok.
“Kali ketiga, ‘benda’ tu tiba-tiba melompat atas belakang badan saya. Entah dari mana, tikus tu muncul menyebabkan saya menjerlt sebab terkejut,” katanya kepada mStar.
Kemunculan seekor tikus mengejutkan Wafie di tandas.
Lebih mesra disapa Wafie, dia menjelaskan bahawa tikus itu cuba keluar melalui pintu tandas namun ia berkunci dan tiada ruang untuk menyelit.
“Mungkin tikus tu jatuh dari lubang siling di tandas. Apabila melompat ke atas belakang badan saya, tikus tu terus sembunyi di celah tong air.
“Sambil menjerlt saya lompat duduk atas tong air. Simbahan air yang banyak menyebabkan tikus tu macam lemas dan berlari tak tentu arah,” ujarnya yang juga berasal dari Pasir Mas.
Salah satu tandas di rumah Wafie.
Walau bagaimanapun, bapa kepada tiga anak itu tidak menyangka tikus yang mengganggunya ‘terjatuh’ ke dalam lubang tandas ketika cuba melarikan diri.
“Memang tikus tu dah masuk lubang, tapi saya terus tak jadi nak buang air besar. Cepat-cepat keluar tandas sebab risau juga tiba-tiba muncul balik keluar dari lubang.
“Lebih sejam kemudian baru saya ke tandas semula. Itu pun saya guna tandas lain di luar rumah. Memang rasa tak tenteram dan asyik intai lubang takut tikus tu muncul lagi,” katanya.
Wafie menyimbah air bagi menghalau tikus.
Menurut Wafie, kejadian seumpama itu pertama kali berlaku di rumahnya dan pada mulanya menyangka ia disebabkan oleh gangguan mistik.
“Saya ingatkan hantu yang menyerupai lembaga hitam tapi rupa-rupanya tikus hitam. Sebaik keluar dari tandas, isteri dan anak-anak bertanya kenapa saya menjerit.
Saya ingatkan hantu yang menyerupai lembaga hitam tapi rupa-rupanya tikus hitam.
WAFIE
“Saya cakap jumpa hantu sebab malu kalau beritahu menjerit terjumpa tikus. Tapi kemudian baru saya cakap sebenarnya ada tikus dan mereka gelakkan saya,” ujarnya secara berseloroh.
Wafie yang merupakan pemandu backhoe itu turut menjelaskan kejadian itu merupakan pengalaman yang mencemaskan dan kelakar.
Wafie merupakan pemandu backhoe.
“Kelakar sebab baru je nak membuang, tiba-tiba ada yang melompat kat belakang badan. Mencemaskan apabila nampak kelibat hitam, ingatkan hantu.
“Iyalah, kejap-kejap pandang belakang tak ada. Saya ni dah la geli dengan tikus dan ular. Memang satu pengalaman yang tak dapat dilupakan.
“Kebetulan saya bawa phone masa nak buang air besar, sebab nak layan TikTok. Itu yang sempat rakam,” katanya mengenai video rakamannya meraih 1.5 juta tontonan di TikTok.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda