Viral

Akhirnya Ustaz Tahfiz Munculkan Diri Buat Penjelasan, lni Keadaan Terkini Ustaz Zul Buat Ramai Seb4k

Di media sosial hari ini, tular rakaman video memaparkan sekumpulan lelaki membuat kacau dengan membelasah pelajar tahfiz.

Dapat dilihat seorang lelaki tanpa memakai baju memanggil seorang pelajar keluar. Dia kemudian menengking sebelum menendang dan menampar pelajar itu.

Ustaz menerima empat jahitan di mata kanan dan tangan cedera serta badan lebam selepas diserang lima lelaki di sebuah pusat tahfiz di Jalan Cheneras, di sini, kerana tidak berpuas hati soal pembayaran makanan.

Dalam kejadian jam 5.10 petang semalam, suspek berusia 30-an bersama seorang pelajar tahfiz pergi ke pusat tahfiz itu yang mana tiga orang menyerang mangsa berusia 30-an yang ditugaskan menjaga pusat terbabit.

Pada 11 OGOS 2022 jam 1843 bertempat di Balai Polis Kuala Lipis, satu laporan polis telah dibuat oleh 1 (L) Melayu berkaitan pengadu dan tenaga pengajar pusat Tahfiz

Darul Fikri AlMahmudiah, Jalan Cheneras, LIPIS telah dipukul oleh 5 saspek yang tidak dikenali.

Ringkasan Laporan

Pada 11 OGOS 2022 jam lebih kurang 1710 semasa berada di pusat Tahfiz Darul Fikri AlMahmudiah, Jalan Cheneras, 27200 Kuala Lipis, pengadu telah didatangi oleh enam lelaki

yang menaiki 1 motokar jenis, Suzuki Dmax warna perak. Enam lelaki tersebut telah turun kereta dan salah seorang daripada mereka telah bertanyakan mengenai ustaz yang menjaga tahfiz ini.

Ustaz MUHAMMAD ZULHAFIZ bin MOHD RASID telah dipukul oleh 2 daripada lelaki tersebut dengan cara menumbuk berkali-kali ke arah muka ustaz setelah ustaz tersebut mengaku sebagai penjaga di Maahad Tahfiz.

Kemudian salah seorang daripada mereka turut bertanya siapa yang berumur 18 tahun. Pengadu telah mengangkat tangan dan ditampar sebanyak dua kali di muka dan kemudian diterajang di bahagian perut sebanyak sekali oleh lelaki tersebut yang menuduh pengadu memukul anak saudaranva yang dikenali sebagai ADAM.

Salah seorang daripada lelaki tersebut turut membuat rakaman video berkaitan kejadian ini.

Hasil Siasatan

Hasil siasatan awal mendapati kes ini berpunca daripada ketidakpuashatian bapa saudara kepada penuntut pusat tahfiz tersebut bernama ADAM yang didakwa telah dibuli oleh UMAR NAUFAL bin AZMAN.

ADAM yang berumur 12 tahun merupakan penuntut di pusat Tahfiz Darul Fikri AlMahmudiah, Jalan Cheneras mengadu telah dibuli kepada bapa saudaranya.

Saspek seterusnya menuju ke tahfiz bersama rakan-rakan dan mengambil tindakan memukul pengadu dan penjaga tahfiz. Ulasan

Pengadu yang merupakan ketua pelajar di Madrasah tersebut telah membuat panggilan polis selepas kejadian itu berlaku. Pihak polis yang hadir ke tempat kejadian telah membawa

pengadu ke Balai Polis Kuala Lipis untuk membuat laporan polis. Manakala Ustaz MUHAMMAD ZUL, Penjaga tahfiz telah dibawa ke Hospital oleh pengetua madrasah tersebut untuk rawatan.

Setakat ini, pengadu hanya mengalami kecederaan ringan manakala Ustaz MUHAMMAD ZUL cedera di bahagian muka akibat kejadian tersebut.

Saspek masih lagi belum ditahan dan pihak Bahagian Siasatan Jenayah Daerah LIPIS masih menjalankan siasatan.

Kenyataan Pihak Polis

Menurut Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, punca kejadian akibat tidak berpuas hati dengan tenaga pengajar tahfiz berkaitanpembayaran makanan di pusat tahfiz tersebut.

“Tiga suspek telah menyerang seorang ustaz dikenali sebagai Muhammad Zulhafiz Mohd Rasid serta seorang pelajar dikenali sebagai Umar Naufal Azman.

“Kejadian menyebabkan Muhammad Zulhafiz mengalami kecederaan di mata sebelah kanan, cede.ra di tangan dan lebam di badan manakala pelajar tersebut mendapat kece.deraan sakit di badan,” katanya.

Ujar Azli kejadian berlaku pada 11 Ogos 2022 kira-kira jam 5.10 petang di Pusat Tahfiz Darul Fikri Al Mahmudiah, Kuala Lipis dengan lima suspek bersama seorangpelajar tahfiz telah pergi ke pusat pengajian tersebut.

Katanya kes disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseks4an kerana meru.suh dan Seksyen 448 Kanun Keseks4an kerana menceroboh.

Dalam video yang tular tersebut turut menunjukkan seorang lelaki memasuki ruang solat tahfiz tersebut dengan memakai kasut.

Susulan kejadian itu, orang ramai menyeru pelaku disiasat dengan segera. Apa-apa pun kita tunggu keterangan penuh daripada pihak polis.

Sumber: metro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button