Viral

Tiada Kawan India, Lelaki Sambut Deepavali Dengan Rakan-Rakan Melayu Raih Perhatian

Baru-baru ini, masyarakat India meraikan sambutan Deepavali dan dapat dilihat suasana begitu meriah dikongsikan di media sosial. Macam sebuah video yang dimuat naik di Tik Tok ini yang menerima perhatian ramai apabila lelaki ini berkongsikan tentang sambutan Hari Deepavali yang disambutnya ini.

Menerusi video yang dikongsikan ini, lelaki itu menunjukkan kemeriahan sambutan Hari Deepavali di rumahnya di mana dia telah menjemput rakan-rakan berbangsa Melayu untuk datang ke rumah. Menurutnya, dia tidak mempunyai rakan berbangsa India, oleh itu dia memilih untuk menjemput rakan-rakan Melayu sebagai tetamu di rumah terbukanya ini.

Lebih menarik perhatian, rumahnya kemudian dipenuhi dengan rakan-rakan berbangsa Melayu yang hadir memeriahkan suasana. Malah mereka juga dilihat menjamu selera beramai-ramai mengalahkan rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri sahaja dengan kedatangan para tetamu yang hadir.

“Kalau tak ada member India, tak ada masalah. Kita panggil member Melayu.”

Video:

@hareeshravi_

SAMBUT HARI DEEPAVALI SAMBUT HARI DEEPAVALI X HARI RAYA

original sound – RH – RH

Perkongsian video itu turut menerima pujian dari orang ramai yang turut sama teruja melihat kemeriahan Hari Deepavali yang disambutnya. Malah rata-rata netizen turut kagum melihat lelaki itu yang mempunyai persahabatan yang sangat baik dengan yang lain tanpa mengira kaum, bangsa dan agama.

Meninjau di ruangan komen, netizen turut berasa ‘cemburu’ melihat kemeriahan mereka ini dan berkongsikan pengalaman mereka mengikuti perayaan bangsa lain semasa kecil dahulu. Dalam masa yang sama, netizen turut berterima kasih kepada tetamu yang hadir untuk memeriahkan sambutan rumah terbuka itu walaupun berbeza bangsa.

“Samalah macam rumah saya, tiap kali Krismas rumah penuh dengan member melayu…”

“Dulu saya ada kawan baik India, tiap kali balik sekolah bau kari rumah dia fuh sedap. Mak dia selalu ajak makan…”

“Fuyo satu kampung datang raya.”

“Haha confused ni raya ke deepavali…”

Sumber :HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button