Viral

Peniaga kedekut teruk! Popia goreng inti 2 urat tauge mengejutkan pelanggan, luaran je nampak normal – “Jenis berniaga tak nak keberkatan”

KEBIASAANNYA kuih popia goreng akan diisi dengan aneka sayur, telur, ayam atau daging yang dicincang untuk dijadikan inti.

Teksturnya yang rangup selepas digoreng dan dicecah pula dengan sos menjadikan makanan ini laris jualannya terutama waktu petang.

Namun, seorang pelanggan meluahkan rasa hampa apabila dia membeli popia goreng berintikan angin (kosong) sebelum memuat naik video di TikTok.

Video tersebut yang dikongsi oleh @sanusi_rashid menunjukkan bungkusan kulit popia dibuka perlahan-lahan dan cukup mengejutkan apabila di bahagian dalamnya boleh dikatakan hampir tiada inti.

“Orang jual (penjual) nak pergi Makkah balik hari. Popia kerepek sahaja. Zalim orang jual sekarang,” tulisnya pada ruangan kapsyen.

Tangkap layar video yang dimuat naik di TikTok.

Menerusi video itu, jelas kelihatan makanan itu nampak bersaiz besar kerana dibalut dengan kulit popia yang tebal.

Difahamkan popia itu berharga RM1 sebiji dan di dalamnya hanya mempunyai dua urat tauge.

“Kayalah penjual. Seringgit satu batang ni. Kerepek (kulit popia) sahaja seringgit. Sayur dua urat sahaja. Zalimlah penjual,” katanya

Melihat kepada popia yang dijual, peniaganya seolah-olah hendak mengaut untung lebih dengan menjual hidangan yang tidak masuk akal.

Peniaga tersebut juga dikatakan telah melanggar ‘hukum’ resepi popia goreng yang sepatutnya mempunyai inti mencukupi .

Sehingga kini, video tular itu meraih lebih 200,000 tontonan dan lebih 3,000 tanda suka.

Menjengah ruangan komen, rata-rata netizen menganggap penjual seperti ini tidak ikhlas dalam berniaga.

“Sabar abang. Nak buat macam mana. Ramai yang berniaga macam ni sekarang. Jenis yang berniaga tak nak keberkatan.

“Lepas ni tak pergi beli dah la. Kalau lalu mungkin akan jeling sekali tuan kedai dan siap geleng kepala. Kalau sayalah,” demikian antara komen netizen.

Antara komen netizen.

Ada juga netizen yang berkongsi pernah berdepan pengalaman sama seperti pengguna TikTok berkenaan.

“Anak saya pun terkena macam ni juga abang. Seringgit sebiji. Rasa terkejut juga. Buat aniaya orang macam ni.

“Saya pernah terkena juga macam ni. Sekali kena tak beli dah lepas tu.

“Sekarang nak cari popia ada tauge pun susah. Banyak sayur kobis dengan lobak merah sahaja,” kongsi beberapa netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button