“Teringin nak tengok staf yang beriya suruh datang tu” – Pes4kit Lumpuh ‘Berkatil’ Terp4ksa Datang Sendiri Ke Bank Untuk Tukar Kad
Baru-baru ini, sebuah perkongsian video tular apabila seorang wanita berkongsikan momen sedih apabila ibunya yang lumpvh separuh badan terp4ksa datang sendiri ke bank untuk menukar kad. Video yang dimuat naiknya itu kemudian menjadi bualan ramai dan menimbulkan kemarahan netizen.
Menerusi video yang dikongsikan ini, wanita itu memberitahu kad bank yang dimiliki oleh ibunya sudah tamat tempoh dan perlu ditukar kepada yang baru. Namun memandangkan keadaan ibunya yang separuh lumpvh itu, dia tidak dapat hadir ke bank untuk melakukan urusan tersebut.
Wanita itu kemudian menghubungi bank untuk bertanyakan prosedur bagi pesakit yang lumpvh. Menurut wanita itu, pihak bank meminta untuk pesakit hadir sendiri ke cawangan bank terdekat untuk menukar kad bank yang baru sekaligus membuatkan wanita itu kecewa mendengarnya.
Lebih menyedihkan, wanita itu terpaksa mengeluarkan kos sendiri bagi menggunakan perkhidmatan ambulans dan membawa ibunya ke bank tersebut. Tambah wanita itu, dia tidak dapat menggunakan kereta memandangkan ibunya tidak dapat duduk seperti biasa dan perlu terbaring di atas katil.
Dia turut meluahkan rasa kecewa dengan sikap tidak bertimbang rasa yang ditunjukkan oleh pihak bank dalam situasi ini. Menurutnya juga, dia terpaksa menukar kad bank milik ibunya itu kerana duit pencen si ibu yang dimasukkan ke dalam akaun bank tersebut.
Malah dengan duit pencen itu lah digunakan untuk membeli lampin pakai buang dan keperluan lain untuk ibunya itu. Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut sama berasa bengang melihat situasi yang dikongsikan ini dan menganggap sangat tidak wajar pihak bank memberikan layanan begini kepada pelanggan mereka.
“Memang sepatutnya pegawai bank datang rumah buatkan urusan. Takkan nak bawa orang yang bedridden pergi bank…”
“Teringin nak tengok staf yang beriya suruh datang tu. Harap dia juga lah uruskan masa datang ke bank tu.”
“Lepas renew kad bank terus keluarkan semua duit dalam akaun, bank yang tak jaga kebajikan ahli elok diboikot.
“Saya ex banker bekerja selama 21 tahun saya pernah dapat customer macam ni tapi kami sendiri pergi ke rumah customer.”
Sumber: HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jangan Lupa Juga Untuk Follow Kami di Page
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.