Cari Pasangan Miliki MUET Band 4 Ke Atas, Kriteria Dicari Lelaki Ini Terima Pelbagai Reaksi Dari Netizen
Pengguna Twitter pastinya pernah melihat iklan mencari jodoh yang biasanya dimuat naik oleh mereka yang sedang mencari pasangan hidup. Kebiasaannya, di dalam hantaran tersebut akan turut disertakan kriteria yang dicari pada pasangan mereka dan sesiapa yang berminat boleh menghantar mesej secara peribadi.
Baru-baru ini pula, hantaran yang dimuat naik oleh seorang lelaki ini mencuri tumpuan ramai apabila dia berkongsikan iklan mencari jodoh untuknya. Namun apa yang menjadi perbualan ramai ialah lelaki itu mencari wanita yang memiliki kelayakan Malaysian University English Test (MUET) pada tahap Band 4.
Sekadar makluman, permarkahan di dalam MUET adalah sehingga ke tahap Band 6 bermakna lelaki ini mencari pasangan hidup yang memiliki penguasaan yang agak baik dalam Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, hantaran yang dimuat naik di Twitter ini telah menerima pelbagai reaksi dari netizen.
@TwtJodohMY pic.twitter.com/W1xW90lnby
— Arjuna. (@ArjunaIndera98) October 17, 2022
Ada yang mempersoalkan tindakan lelaki itu mencari pasangan hidup berdasarkan penguasaan seseorang terhadap bahasa tersebut. Namun ada juga yang berpendapat tiada salahnya untuk lelaki itu meletakkan kriteria seperti itu untuk berkomunikasi dengan lebih baik bersama pasangannya.
honestly, i see nothing wrong w this. that muet thing threw me off at first but he said its optional🤷🏾♂️his requirements are actually pretty valid other than that so cant hate on the man for knowing what he wants✌🏾 https://t.co/AfeU1nBTSt
— darshaan (@darshx99) November 2, 2022
need to do the same since i love to argue in english even it’s broke, & my ex pernah lari topic when we argued bcs i text him in english then dia cakap “yela mana i nak faham asal serious je nak cakap english” cryyy & suffer yeeee https://t.co/vwLTm1jZ71
— ida (@scorpiothigh) November 2, 2022
honestly i dont understand why people are coming for the muet. i myself would prefer my partner to able to speak english even if not fluent. his preference kot so why bother??? https://t.co/rutzm3U89J
— jar (@ajarofheart) November 2, 2022
Difahamkan, lelaki itu juga turut memberikan penjelasan mengapa dia meletakkan kriteria sebegitu dalam iklan mencari jodohnya. Menurutnya, MUET antara cara mudah untuk menilai komunikasi kemahiran Bahasa Inggeris seseorang namun dia tidak meletakkannya sebagai syarat wajib sebaliknya adalah satu pilihan.
Dalam masa yang sama, rata-rata netizen turut bersetuju dengan pendapatnya ini dan menganggap komunikasi adalah kunci yang paling penting dalam hubungan. Malah ramai yang turut mendoakan lelaki ini akan berjumpa dengan pasangan terbaik untuknya walaupun iklan tersebut telah dijadikan sebagai satu jenaka di Twitter.
Sumber: HCL
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda