Viral

Pemandu lori viral sebab kacak mengaku guna filter! Kena ‘face shaming’ di media sosial, jumpa depan-depan ramai je ajak selfie

KEMUNCULAN pemandu lori tular Muhammad Iman Arif Lokman menerusi temu bual video mStar baru-baru ini mengundang pelbagai reaksi daripada netizen.

Di sebalik pujian yang diterima, pemuda berusia 22 tahun itu turut menjadi mangsa face shamingapabila sebilangan netizen mengkritik warna kulitnya.

Menurut netizen, wajah Iman kelihatan cerah menerusi video di TikTok kerana dia menggunakan filter sedangkan rupa sebenarnya lebih gelap dan kusam.

Iman memiliki lebih 50,000 pengikut di TikTok.

“Dalam TikTok smart lain macam, masa live ni nampak lain pula, macam biasa-biasa je.

“Betul orang cakap, jangan percaya selagi belum face to face.

“Tu aku tak percaya kat TikTok ni. Filter kuat. Berbeza dia langit dan bumi.

Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka.

MUHAMMAD IMAN ALIF LOKMAN

“Lain sungguh kan tanpa filter,” tulis beberapa netizen secara sinis.

Mengulas hal itu, Iman ketika dihubungi mStar pada Rabu mengakui peka dengan segala tohmahan yang diterima, namun dia menerimanya dengan hati terbuka.

“Saya ada tengok juga. Ada yang saya nampak sendiri, ada juga yang kawan-kawan forward. Saya tak kisah pun. Filter dicipta untuk diguna.

“Kalau orang cakap saya tipu, apa yang tipunya? Saya pakai filter. Ia tak ubah bentuk muka, cuma tukar warna je. Kenapa filter nak jadi isu?

“Saya tak rasa tertekan. Yang mana komen negatif, saya buat tak tahu. Mungkin yang negatif tu iri atau dengki. Saya buat tak nampak je komen mereka,” ujarnya.

Menurut Iman, dia tidak menyesal memilih untuk menonjolkan diri di media sosial sehingga tular, malah menganggap ia sebagai satu rezeki buatnya.

Iman berasal dari Kulim, Kedah.

“Yang mana komen positif, Alhamdulillah. Saya tak menyesal viral. Saya okay je. Yang mana komen bukan-bukan, saya harap mereka cermin diri dulu sebelum mengata.

“Lagipun saya tengok yang negatif ni fake account. Yang jenis toksik ni tak tonjolkan diri pun,” ujar pemuda dari Kulim, Kedah yang bekerja di Shah Alam, Selangor itu.

Bercerita lanjut, Iman berkata banyak perubahan berlaku selepas artikel pertamanya disiarkan mStar pada 7 November, disusuli temu bual video mStar pada 15 November.

Iman raih perhatian selepas video dia memandu lori tular di TikTok.

“Sekarang, kalau saya berhenti R&R untuk mandi atau makan, ada orang tegur dan ajak selfie. Saya okay je, tak kisah orang nak bersembang buat kawan.

“Sebelum viral, TikTok saya ada 5,000 followers. Sekarang dah naik 55,000 followers. Yang minta reviu produk dan kolaborasi video pun ada.

“Tapi saya tak sempat nak buat. Saya duduk Kulim, kerja di Shah Alam,” ujar Iman lagi.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button