Viral

Selepas Label Diri Sendiri ‘Remaja Paling Kaya Di Malaysia, Usahawan Kelantan Ini Dedah Sesuatu Yang Mengejvtkan.

GEMPAR apabila seorang usahawan dari Kelantan berusia 19 tahun mendakwa dirinya sebagai remaja paling kaya di Malaysia.

Pendedahan’ itu dibuat oleh usahawan muda produk makanan tambahan itu sendiri, yang membezakan dirinya dengan remaja seusia yang kebanyakannya masih mengikuti pengajian di kolej.

Confident beli kat mana?” kata seorang netizen, menerusi video yang dikongsikannya di laman sosial sehingga mencetuskan perdebatan dan kritikan ramai.

 

Susulan itu, usahawan berkenaan, Anes Ayuni Osman menjelaskan perkara sebenar kepada mStar dan dia mempunyai alasan tersendiri untuk berbuat demikian.

Lebih mesra disapa Ayuni, dia mengakui dirinya bukanlah remaja terkaya di Malaysia seperti yang didakwa dalam video yang kini meraih lebih sejuta tontonan di aplikasi TikTok.

“Saja je nak kasi naik kat FYP (for you page), kita kena luar dari kebiasaan. Kalau sekadar tunjuk biasa-biasa, tak akan keluar FYP.

“Saya pernah juga buat content berkaitan bisnes, tapi tak selalu sangat keluar FYP. Jadi saya create isu dengan saja claim sebagai remaja paling kaya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Ayuni merupakan anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan.

Ayuni berkata, videonya yang sensasi itu sebenarnya mendapat inspirasi daripada sebuah video yang disiarkan di laman YouTube pada tahun lalu, memaparkan dirinya sebagai salah seorang daripada ‘usahawan remaja terkaya di Malaysia’.

“Yang komen ‘Confident beli kat mana?‘ tu, jawabnya kerana video itulah. Dalam video tersebut, saya disenaraikan sebagai nombor satu, yang paling kaya. Saya difahamkan ia dibuat berdasarkan tular kisah saya yang menerima hadiah kereta Ford Mustang daripada suami masa baru kahwin awal tahun lalu.

“Saya faham mereka membuat senarai itu sebagai content, dan saya juga melakukan perkara sama sebagai content.

“Lagipun, saya ni jenis kalis kecaman dan kritikan netizen. Saya tak kacau hidup orang,” katanya yang menetap di Kota Bharu.

Kisah Ayuni mula mendapat perhatian selepas menerima hadiah kereta Ford Mustang pada hari perkahwinan.

Menerusi video itu juga, dipaparkan dia dan suami pada tahun lalu, mencatatkan jualan pertama sebanyak RM1 juta dalam tempoh dua minggu.

Kisah Ayuni pernah tular ketika hamil pada awal tahun ini kerana memewahkan anak sulung dalam kandungan dengan membeli beberapa beg berjenama mewah Louis Vuitton (LV) berharga RM50,000 untuk keperluan bayi.

Kejutan hadiah Lamborghini buat suami yang akan menjaga Ayuni dan bayi ketika berpantang.

Ayuni juga menjadi bualan selepas menghadiahkan sebuah kereta mewah Lamborghini bernilai RM2 juta buat suami sebagai ‘ganjaran’ kerana menjaganya ketika berpantang.

Usahawan yang menetap di Kota Bharu itu bagaimanapun menjelaskan content yang dilakukannya bukan hanya untuk meraih tumpuan semata-mata, tetapi mahu menarik perhatian anak muda untuk menjana pendapatan.

Saya mahu lebih ramai anak muda mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik melalui bisnes.

AYUNI

“Dalam ekonomi terjejas dalam kalangan mereka, ramai remaja yang tak dapat nak sambung belajar sebab tak ada duit. Mungkin nak kerja pun susah.

“Video yang saya buat tu bukan nak kata saya kaya, tapi apabila remaja menontonnya, mungkin saya dapat prospek yang baik untuk mereka menceburi bisnes,” katanya.

Ayuni dan suami bersama anak sulung mereka.

Ayuni berkata, dia dan suami meraih jualan sebanyak RM40 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu pada usia mereka 18 dan 19 tahun, serta melahirkan ejen bergelar jutawan.

“Saya mula buat bisnes dari umur 14 tahun, jual macam-macam. Malah, pernah kena tipu dengan pembekal dan terpaksa menanggung kerugian puluhan ribu ringgit.

“Tapi saya tak patah semangat dan terus buat bisnes. Alhamdulillah dengan bisnes sekarang, ada ejen-ejen saya dalam kalangan anak muda berusia 17 dan 19 tahun.

“Malah, ada ejen yang merupakan remaja perempuan berusia 18 tahun, mencatatkan jualan RM8 juta dalam tempoh sembilan bulan tahun lalu. Saya mahu lebih ramai anak muda mengubah kehidupan mereka dengan lebih baik melalui bisnes,” katanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button