Hiburan

Tahniah! Suami kongsi foto, Mia Ahmad selamat bersalin anak ketiga

Siapa sahaja yang tidak kenal dengan pasangan bahagia, pelakon Mia Ahmad dan penjaga gol terkenal dikenali sebagai Izham Tarmizi ini. Pasangan sama cantik, sama padan ini juga sering menjadi sorotanramai di media sosial.

Mia Ahmad dan suami disatukan pada tahun 2017 dan dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Sayf Issa dan Iris Leona yang kini semakin membesar. Walau bagaimanapun, sebentar tadi keluarga bahagia ini menerima kehadiran cahaya mata ketiga mereka.

Selamat dikurniakan cahaya mata ketiga

Izham Tarmizi diruangan Instagram peribadinya berkongsikan sekeping foto yang mana dia mengumumkan berita gembira tentang isterinya itu sebentar tadi kira-kira pada pukul 1.25 pagi tadi, Mia Ahmad selamat bersalin anak ketiga mereka.

Tidak mendedahkan nama anak ketiga di perkongsian ini namun Izham Tarmizi menerusi ruangan kapsyen berkata Mia Ahmad selamat melahirkan bayi perempuan.

“Alhamdulillah wife saya selamat melahirkan baby girl anak ketiga kami, 1.25 pagi tadi.”

Suami Mia Ahmad kongsi foto

“Terima kasih kepada semua yang mendoakannya. Semoga dipermudahkan urusan kalian semuanya.” Tulis Izham Tarmizi berserta sekeping foto terbaharu yang mana dia juga mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan isterinya itu.

Izham Tarmizi juga mendoakan urusan semua dipermudahkan selain dia juga mengucapkan rasa syukur kerana isterinya selamat melahirkan anak ketiga mereka itu.

Sumber: syor.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button