Hiburan

“Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala” – Chef Wan Upah Jururawat RM6,000 Sebulan Untuk Jaga Ibunya

Selebriti Cef, Datuk Redzuawan Ismail atau popular dengan panggilan Chef Wan mendedahkan dia membayar seorang jururawat hampir RM6,000 untuk menjaga ibunya di rumah.

Menurut Chef Wan, jururawat khusus untuk pesakit demensia seperti ibunya itu akan menjaga segala keperluan dan ubat-ubatannya di waktu siang.

“Ibu bersama jururawat dimensla atau kejururawatan k4nser.Orang dari Sabah yang bekerja selama 4 tahun sebelum ini di rumah jagaan dan menjaga pesakit yang tenat.

“Ejen mereka mengenakan bayaran RM180 sehari dari 9 pagi hingga 6 petang setiap hari. Sebulan lebih kurang RM5800 ke lebih dengan OT (kerja lebih masa).

“Biar la mereka bermesra dahulu sesama mereka ketika my mom is still sihat sedikit. Apabila tiba masanya dia boleh menanganinya dengan baik.

“Buat masa ini hanya waktu siang sahaja kerana pada waktu petang ada saya dan pembantu rumah saya masih ada untuk mengendalikannya.

“Saya berasa selesa bila Ibu mendapat bantuan professional untuk mandikan dia, menukar lampin, memberinya sarapan, bagi ubat-ubatan dan sedikit senaman serta memastikan dia juga tidur siang dan petang,” katanya.

 

Chef Wan berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.

Menerusi kemas kini berkenaan dia memuat naik foto ibunya bersama jururawat berkenaan.

Kata Chef Wan dia terpksa berkorban lebih wang untuk ibunya supaya orang tuanya mendapatkan penjagaan yang terbaik.

“Banyak bezanya bagi maid dan profesional nurse yang tahu handle dementla and c4ncer patient ni.

“Tak apa la duit boleh cari ibu ada la segala galanya. U must always try to give her the best possible care so that she is happy and in comfort.

“Tak payah la beli kasut Gucci or Bag Prada lagi. Sedekahkan kepada kesejahteraan ibu kita sendiri. Itu la ada pengorbanan kita serta pahala kebajikan kita untuk akhirat nanti,” ujarnya.

Dalam masa yang sama Chef Wan juga menyaran semua terutama anak-anak yang mempunyai ibu yang sudah uzur untuk menjaga ibu mereka dengan memberikan yang terbaik.

Komen netizen:

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button