Hiburan

“Semoga ada sinar baru” Gambar mesra Syamsul Yusof Bersama Anak-Anak, Ini yang ramai perasan

Terbaru, pelakon dan pengarah Syamsul Yusof memuat naik foto bersama anak-anaknya iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah di halaman Instagramnya mendapat perhatian warganet.

Gambar yang dimuat naik oleh pengarah tersebut dilihat terserlah kegembiraan dan telatah Syaikhul Islam dan Sumayyah dengan ayahnya ketika mengambil gambar bersama. Rata-rata warganet menyinggah ruangan komen di Instagram tersebut dengan mengukapkan kata syukur dan semoga ada sinar baharu yang akan datang kepada keluarga kecil itu. Ini kerana, sedia maklum bahawa krisis rumah tangga antara Puteri Sarah dan Syamsul masih lagi belum baik.

Sekadar info, Syamsul Yusoff berkahwin dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik untuk keluarga kecil ini.

Walaupun polemik rumah tangga aktres Puteri Sarah Liyana Kamaruddin, 37, bersama pengarah tersohor Syamsul Yudof terus menjadi tanda tanya namun, wanita ini cekal dalam menjalani kehidupannya seperti biasa.

Meskipun enggan mengulas lebih lanjut mengenai status perhubungannya bersama Syamsul, Sarah bagaimanapun berkongsi yang suaminya itu masih menjalankan tanggungjawabnya seperti biasa termasuklah memberikan nafkah.

“Dia masih jumpa dan video call anak-anak dan dia masih jalankan tanggungjawabnya bagi nafkah,” katanya.

Dalam pada itu, Sarah berkata, dia gembira apabila Syamsul meluangkan masa bersama anaknya terutamanya ketika dia sedang sibuk menjalani penggambaran atau terikat dengan mana-mana kerja yang menuntutnya untuk tidak bersama dua orang anaknya itu.

Malah, Sarah memaklumkan hubungan dengan keluarga mentua, Datuk Yusof Haslam dan Datin Patima juga masih baik sehinggakan pada setiap hujung minggu dia akan membawa anak-anaknya itu berjumpa Datuk dan nenek mereka.

“Saya gembira bila dia luangkan masa dan berjumpa dengan anak-anak. Kadang-kadang kami bergilir untuk jaga anak.

“Dan bila saya ke rumah mertua bersama anak-anak, Syamsul juga akan ada disana untuk berjumpa anaknya,” jelasnya.

Malah, Puteri Sarah juga mendedahkan Syamsul akan berjumpa dengan anak-anak mereka ketika dia berada di rumah ibu bapanya.

“Dan setiap minggu saya pergi ke rumah Datuk Yusof dan Datin Patimah, sebab hubungan saya dengan mereka kekal baik dan mereka pun rindu pada cucu-cucunya. Jadi bila saya ke sana, dia (Syamsul) akan berjumpa dengan anak-anak,” katanya.

Untuk rekod, Puteri Sarah berkahwin dengan Syamsul pada 8 Mac 2014 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam serta Sumayyah.


Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini. Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya.

Sumber : Xtra dan murai.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button