Hiburan

Suara tanpa ‘auto tune’ Iman Troye ditinggalkan ribuan tanda suka, dipuji confirm trending!

Siti Nur Alyssa Sahabudin atau lebih dikenali sebagai Iman Troye sering menjadi sorotan ramai apabila dia juga antara penyanyi muda yang berjaya mencuri tumpuan peminat muzik tempatan apabila anak seni berusia 19 tahun ini juga telah melancarkan beberapa lagu yang berjaya menjadi fenomena terbaru.

Bermula dari single pertamanya berjudul Teman, Pejam Celik Hari Raya, Nang dan Harum Sundal Malam. Iman Troye bagaimanapun baru-baru ini difahamkan bakal melancarkan lagu terbaharu berjudul Omong Kosong.

Manakala baru-baru ini juga, dia terlebih dahulu mengumumkan tentang Omong Kosong Challengeyang mana seperti biasa Iman Troye akan membuat cabaran bagi lagunya sebelum benar-benar melancarkan buat tatapan umum. Meskipun begitu, Iman Troye terbaharu pula nampaknya belanja sedikit nyanyiannya di ruangan Instagram (IG) peribadinya.

Bukanlah teaser lagu baharunya namun dia dilihat menyanyikan sendiri bersama petikan gitar dan Iman Troye santai duduk sambil menyanyi ini juga mencetuskan video dikongsikan ini mendapat perhatian peminat dan warganet sehingga ditinggalkan ribuan tanda suka.

 

“Susahlah orang suka bagi harapan ni,” perkongsian Iman Troye berserta kapsyen tersebut yang mendapat sorotan ramai peminatnya dan ternyata video nyanyian dikongsikannya itu membuatkan netizen juga suka kerana tanpa auto tune, suaranya juga sedap didengar dan berikut juga antara komen positif diterima oleh Iman Troye.

Suara tanpa auto tune Iman Troye dipuji

Sumber:HCL

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button