Senyuman bangga seorang ibu… Nora Ariffin terima diploma bagi pihak arwh anak; “Ini adlh semangat untuk adik2nya”
HARI yang sepatutnya menjadi kegembiraan dan kebanggaan buat seorang ibu bertukar hlba apabila penyanyi Datuk Nora Ariffin mewakili Allahyarham anaknya, Muhammad Syakir Alif Johan bagi menerima skrol diploma miliknya di Majlis Konvokesyen Universiti Teknologi Mara (UiTM) ke-95 yang berlangsung pada petang Selasa.
Alif berjaya menamatkan pelajaran dalam jurusan Diploma Perfileman di Fakulti Filem, Teater & Animasi di UiTM cawangan Puncak Perdana, Selangor.
Nora atau Wan Norafizah Wan Ariffin, 49, memberitahu meskipun berasa sedih arwh tidak bersamanya namun kejayaan Alif adalah pemangkin semangat buat dua orang adiknya untuk terus berjaya dalam pelajaran.
Nora berharap kejayaan Alif menjadi pemangkin semangat buat adik-adiknya yang lain.
“Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain. Tengok abang tak sempat nak berjaya, adik-adiklah ambil semangat tersebut untuk teruskan legasi saya dan Allahyarham Johan,” katanya.
Nora berkongsi mengenai perkara itu menerusi video yang dimuat naik di laman Facebook Universiti Teknologi Mara – Media Rasmi.
Dalam pada itu, Nora memberitahu, ketika hayatnya, Allahyarham banyak membantunya mengambil alih dalam bahagian kreatif termasuklah membantu menghasilkan video untuknya.
Kata penyanyi lagu Di Persimpangan Dilema ini, Alif juga antara individu yang banyak menaikkan semangatnya selepas pemergian Allahyarham suami, Johan Nawawi pada 24 Mac 2017.
Ini adalah semangat untuk adik-adiknya yang lain.
NORA ARIFFIN
PENYANYI
“Setiap hari Alif pasti akan menghantar WhatsApp bertanya sama ada saya okay atau tidak. Memang pemergiannya satu kehilangan besar buat keluarga kami,” ujarnya.
Bagaimanapun Nora memberitahu dia reda dengan pemergian anak keduanya itu dan menganggap Allah lebih menyayanginya.
Nora reda atas pemergian anak keduanya itu.
“Selepas kem4tlan Johan, kami reda dengan pemergian Alif kerana macam mana kami sayang padanya, Allah lebih menyayanginya,” jelasnya.
Alif menghembuskan nafas terakhir pada 14 Disember 2019 selepas tiba-tiba reb4h ketika berada di rumah.
Jenzah Allahyarham disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara berdekatan pusara bapanya.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda