Hiburan

“kalau dulu suara sumb4ng tak boleh keluar radio..”- Aris Ariwatan. Lebih 40 penyanyi rock tampil sokong kenyataan Datuk Awie dan ini permintaan mereka..

40 penyanyi rock sokong kenyataan Awie industri muzik ‘dila.curkan’ orang tiada jiwa seni, minta panel penapisan kembali diwujudkan

SEKUMPULAN penyanyi Rock Malaysia menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Datuk Awie sebelum ini yang menganggap kemunculan lagu baharu usahawan Datuk Seri Aliff Syukri berjudul Baby Sayang sebagai pero.sak industri muzik tempatan.

Penyanyi Aris Ariwatan berpendapat kerajaan perlu mewujudkan kembali panel penilai industri muzik seperti mana yang pernah mereka lalu suatu ketika dahulu.

“Kita faham apa yang berlaku disebabkan transformasi semasa namun bagi saya kerajaan perlu wujudkan kembali panel penapisan lagu seperti mana yang pernah kami lalui suatu ketika dahulu.

“Kalau dahulu suara sumbang atau susunan muzik salah memang tak boleh keluar radio atau dimainkan di mana-mana.

Jika panel itu kembali wujud, saya percaya ada kawalan terhadap industri muzik.

“Kami sokong dengan pandangan Datuk Awie agar tidak wujud ‘pel4cur’ dalam industri. Saya dengar sendiri nyanyian Aliff Syukri, memang sumbang,” katanya.

Penyanyi rock berkumpul dalam satu sesi secara atas talian pada malam Isnin.

Aris berkata demikian dalam satu sesi kongsi pandangan bersama rakan-rakan penyanyi rock yang dilakukan secara atas talian pada malam Isnin.

Lebih 40 penyanyi rock tempatan menyatakan tanda sokongan terhadap kenyataan dibuat Awie baru-baru ini termasuk Baggio, Ringgo Arrow, Isa Graviti, Zack kacamata, Afee, Rose Sherox, Izam Eye, Rahmat Tohak, Wom UG1411 dan JoeyBPR.

Tidak ketinggalan Yazid Sejati, Azman Terlena, Burn Meditasi, Rom Amija, Isa Handy Black, Yantzen, Azul Fair, Shafie Rio, Atan Aryan dan Boy Mercury.

Turut menyatakan sokongan adalah Jereen Okay, Nizam Laksamana, Amir Ukays, Yann Keno, Zahruddin, Acong Sweetchild, Alim Kris, Rahmat Ekamatra, Ali XPDC, Nk Putra dan Amy Grand.

Dalam pada itu, Aris berkata, perkara tersebut perlu dipandang serius kerana dalam apa juga bidang itu mempunyai kaedah dan adab tersendiri.

Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang.

ARIS ARIWATAN

PENYANYI

Aris turut memberitahu, sekiranya Aliff ingin bergelar penyanyi, usahawan itu dinasihatkan untuk memperbetulkan cara nyanyiannya terlebih dahulu dan bukan menjadi jalan mudah.

“Perbetulkan cara nyanyian dulu dan jangan ambil jalan mudah! Sekurang-kurangnya nyanyian tak sumbang,” katanya.

Sementara itu, penyanyi Acong Sweetchild pula memberitahu jika situasi terus berlaku ia akan menjadi perosak dalam industri.

Disebabkan kemunculan penyanyi yang mengambil jalan mudah, ia sedikit sebanyak menjejaskan artis lama atau pun baharu yang beria-ia memperjuangkan karya masing-masing.

“Apabila tidak wujud sebarang penapisan, mana-mana peniaga produk seperti Aliff boleh buat sesuka hati mereka. Benda mengarut begini memang ramai orang suka dan sebab itu jadi trending.

Awie sebelum ini meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni ‘dilacurkan’ oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

“Kalau benda tak sihat ini berlaku, apa nak jadi dengan penyanyi yang berhempaas pulas dalam kerjaya mereka? Kami seolah-olah ditolak ke tepi,” ujarnya.

“Saya sudah rasa naik turun dalam industri ini. Memang terkilan apabila perkara sebegini berlaku.

“Transformasi dan permainan wang menjadi masalah dan mengizinkan isu sebegini terjadi,” ujarnya.

Sebelum ini, Awie menerusi laporan mStar meluahkan rasa kesal dan menganggap industri seni ‘dilacurkan’ oleh segelintir usahawan yang cuba memasuki industri hiburan dengan bergelar penyanyi.

Kata Awie, industri muzik kini rosak selepas kemunculan lagu-lagu yang dinyanyikan oleh seseorang tiada bakat.

Datuk Mokhzani Ismail Beri Satu Komen Buat Aliff Syukri 

Kuala Lumpur: “Yang ini nak cari ‘part’ (bahagian) yang betul pun tak jumpa,” kata Pengarah Muzik RTM, Datuk Mokhzani Ismail mengenai lagu duet Datuk Seri Aliff Syukri dengan Baby Shima berjudul Baby Sayang.

Mokhzani berkata, tular atau ‘trending’ bukanlah penentu kualiti sesebuah lagu. Namun, beliau tidak menganggap ia mengganggu industri muzik tanah air.

“Sebenarnya pendengar suka mendengar, termasuk saya nak dengar apa yang tak kena.

Memang tak kena kerana selalunya juri cari benda yang salah dalam nyanyian, tapi yang ini nak cari ‘part’ yang betul pun tak jumpa.

“Kalau dia masuk radio dan keluar di kaca TV lainlah. Kalau dia keluar fizikal CD pun belum tentu ada yang beli,” katanya.

Dalam pada itu, Mokhzani yang kini bertugas secara kontrak dengan RTM turut menawarkan diri untuk menjaga vokal Aliff secara percuma sekiranya berhasrat untuk terus menghasilkan lagu selepas ini.

Dia mengakui ‘pantang’ mendengar nyanyian sumbang Aliff dalam lagu itu.

“Lain kali panggil orang yang ada ‘telinga’ jaga vokal.

Bukan kita tak mahu tolong. Kira okeylah keseluruhannya nak juga dia menyanyi, tapi itulah kena ambil tindakan sebab nak keluar radio tak semudah itu.

“Kita pun bukan tak nak berkompromi soal ini. Lagu ini ‘simple’ dan muzik pun okey. Sesuai dengan konsep, cumanya masalah pada nyanyian.

“Baby Shima tiada masalah tapi nyanyian Datuk (Aliff) nak lagi kena berlatih. Okeylah setakat keluar YouTube ada 813,000 tontonan kiranya banyak. Cukuplah setakat itu,” katanya menerusi hantaran video yang dimuat naik menerusi Facebook Pianist DM.

Menerusi video terbabit, Mokhzani yang sering diundang sebagai juri Anugerah Juara Lagu dan Gegar Vaganza menjelaskan Aliff mempunyai banyak kelemahan dari segi suara berbanding Shima yang disifatkan sempurna.

 

“Padahal boleh perbetul macam-macam teknik boleh diguna.

Memang Baby Shima sempurna tapi sempurna dia terlalu ‘perfect’ untuk Aliff sampai akan dengar dia punya ‘pitching’ nampak keterlaluan larinya.

“Boleh lagi diperbetulkan, tapi tak tahulah penerbit ambil sikap, mungkin silap-silap Datuk ini pun kena kelentong dengan penerbit. Dia kata okey dah tu okey. Dia pun tak tahu apa, kata okey.

“Suara tak sepadan dengan suara Baby Shima. Ya Allah dengar baliklah. Padahal senang saja. Aduii tak tahu nak kata,” katanya.

 

Menurutnya, dia tidak menyalahkan Aliff sepenuhnya tetapi penerbit lagu ini tidak menggunakan teknologi.

“Apapun penerbit sekurang-kurangnya gunakanlah mesin. Sekarang macam-macam boleh buat. Suara katak pun boleh jadi elok.

“Memang tak lepas untuk siar di radio. Bukan tak nak tolong tapi memang tak boleh. Baby Shima memang dah nyanyi sempurna.

Tapi bila masuk vokal duet dengan seorang vokal begitu, memang tak lepas.

Ada juga teknik vokal tampal. Kenapa jadi begitu? Cuba terang sikit penerbit,” katanya.

Mokhzani berkata, sebenarnya tiada salah apapun untuk Aliff merakamkan lagu kerana semua orang bebas berbuat demikian.

“Sebenarnya banyak lagu sebegini dalam YouTube, tapi sebab dia Aliff Syukri dan dia seakan-akan mendabik dada dengan kenyataan artis nombor satu, itu yang orang tak boleh terima.

“Bagi saya untuk keluar YouTube bolehlah. Saya dah kaji dan dapati dia boleh menyanyi tapi sedap itu benda lain.

Masalahnya saya rasa di pihak penerbitan album.

“Kalau ikut konsep lagu pun dia menyanyi sikit saja bukan sepenuhnya.

Tiada satu ‘line’ yang panjang. Boleh diperbetulkan masa dalam studio,” katanya

Sumber:mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button