Hiburan

“My Hero Last Night …”-Maya Karin Diser4ng ‘P4nlc Att4ct’ Di Pentas FFM32 & Cara Dia Atasinya Dapat Pujian!

PELAKON Maya Karin mendedahkan dia mengalami serangan panlk ketika tampil sebagai penyampai anugerah di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) pada Jumaat lalu.

Maya atau Maya Karin Roelcke, 43, sebelum ini menjadi perhatian peminat apabila dilihat tiba-tiba menggigil ketika membacakan pemenang bagi kategori Pelakon Lelaki Harapan Terbaik yang disiarkan secara langsung di TV2.

Maya turut berterima kasih kepada aktor Faizal Hussein yang tampil sebagai rakan penyampainya kerana menjadi penyelamat ketika dia berada dalam keadaan tidak stabil.

“Hero saya, sangat gentleman, siap kutip kasut saya yang tertinggal di pentas,” tulisnya di Instagram.

Maya Karin berterima kasih pada Faizal Hussein kerana membantu.

Dalam pada itu, Maya juga menjelaskan dia terpaksa menanggalkan kasut bagi mengelakkan dirinya jatvh pengsan selain membuatkan dia berasa lebih tenang.

Kata Maya, itu adalah satu-satunya cara untuk mengawal serangan panik ketika itu dan dia perlu membuat tindakan pantas sebelum berlaku sesuatu tidak diingini.

“Satu-satunya cara untuk bertenang dan tidak pengsan adalah memastikan kaki saya jejak tanah. Terima kasih seribu kali kepada Faizal Hussein sekali lagi,” katanya.

Ketika serangan tersebut, Maya sempat meminta maaf kepada kerana terpaksa memegang bahu Faizal dan membuka kasut tumit tingginya bagi mengelakkan dia tidak terjatuh.

Meskipun berdepan saat mencem4skan itu, Maya dengan spontan meneruskan tugasnya dengan cemerlang pada malam tersebut.

Maya Karin diserang panik ketika sedang menyampaikan anugerah.

Sehubungan itu, rata-rata peminat Maya turut meluahkan rasa bimbang melihat keadaan aktres tersebut sekaligus berterima kasih kepada Faizal Hussein.

 

“Saya dah risau dah takut terpengsan. Nasib baik lah Faizal Hussein jadi hero. Nampak tenang muka Faizal Hussein.

“Kesian Maya sampai menggigil tangan. Nasib baik Maya berjaya kawal keadaan dengan baik,” antara komen peminat.

Komen peminat

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button