Hiburan

“Lepas saya lafaz kalimah itu, Mak ayah tersenyum..” 6tahun berkahwin…Tak sangka Stacy dedah amik keputusan ini…

Penyanyi Stacy atau nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy Anam mengakui suami yang juga penyanyi, Akim Ahmad antara insan yang banyak menjentik hatinya untuk mendekati agama Islam.

Menurut Stacy, pendekatan suaminya bercerita mengenai keindahan Islam kepadanya juga cukup santai dan tidak terlalu berat.Imbas kembali, pada 24 Ogos lalu genap enam tahun usia penyanyi Stacy memeluk Islam di Jabatan Agama Islam Johor Bahru, Johor.

“Dulu sebelum memeluk agama Islam, saya seperti tiada agama sebenarnya. Hidup lebih berpaksikan cara membesar, apa yang dilihat dan didengari.


“Namun selepas enam tahun berkawan dengan Akim, banyak gerak hati untuk tahu apa itu Islam banyak didoronginya. Cara dia bercerita hal agama Islam nampak ringan dan tidak terlalu ‘direct’.


“Pendek kata apa yang terpacul dari mulutnya membawa ke satu siri penceritaan menarik,” kata ibu kepada dua cahaya mata bernama Bella De Luna Valentina, 8, dan Eshaal Afiq Hakim, 4 itu.

 


Malah hubungan baik yang terjalin ketika itu juga mendorong penyanyi lagu Pelangi Senja f wswe1itu terus mendekatkan diri dengan agama Islam.


“Siapa sangka keakraban kami, termasuk cara saya jadi dekat dengan Islam menerusinya terus menguatkan jodoh kami.

Stacy mengimbas detik penghijrahan dan pernikahannya ketika menjadi tetamu program bual bicara dalam talian, Bersama Tya, baru-baru ini.


Dedah Stacy kepada hosnya, Tya Arifin, antara detik paling bermakna dikenang hingga saat ini ialah ibu bapanya juga hadir ketika dia memeluk Islam.

 

“Awalnya hanya ibu bapa saya saja tahu keputusan memeluk Islam ini. Tapi adik beradik lain dan saudara mara belum diberitahu lagi. Apabila viral gambar dan video itu, jadi kecoh..


Jujur ketika itu, hati saya jadi takut sangat dengan keputusan berkenaan. Hingga saya mempersoalkan dalam diri, apakah betul keputusan yang dibuat itu.

“Saya macam berperang dengan diri sendiri. Hingga terpacul rasa apakah sampai tahap perlu meninggalkan keluarga sendiri untuk agama Islam.“

Tapi akhirnya, takdir hidup saya memilih Islam sebagai agama yang satu. Saat selesai melafazkan kalimah itu, kelihatan ibu bapa saya tersenyum dan gembira.

Sumber: MH

Kredit: jawatankerajaan2u


.Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button