Hiburan

“Semua org ada kekurangan..”- Akhirnya Ibu Sweet Qismina Dedahkan Knpa Terima Adam Lee Jadi Menantu

Ibu yang juga pengurus pelakon, Sweet Qismina dan Adam Lee, Misnah Atan, mengakui sikap tanggungjawab yang dipamerkan aktor tersebut meyakinkan dirinya untuk menerima jejaka itu sebagai menantu

Misnah berkata, dia merestui hubungan Sweet dengan Adam sejak empat tahun lalu selepas menilai beberapa kriteria yang ada dalam diri pelakon tersebut.

“Adam lelaki yang baik, sopan dan sangat menghormati orang, terutama dengan mereka yang jauh lebih berusia.

“Hatinya juga lembut, mungkin kerana dia cuma ada dua beradik dan merupakan anak bongsu.

“Selama saya uruskan kerjayanya dengan Sweet, dia jenis yang mendengar kata. Saya sudah lama anggap dia seperti anak sendiri walaupun ketika itu, Adam dan Sweet cuma berkawan,” katanya.

Misnah berkata, dia juga bersyukur kerana Adam dan Sweet tidak pernah terpalit dengan gosip liar atau kontroversi sepanjang mereka aktif dalam industri hiburan.

“Saya lihat mereka berdua pandai menjaga diri. Insya-Allah, saya percaya, dia mampu menjaga Sweet dengan baik,” kata Misnah ketika ditemui Utusan Malaysia usai majlis pernikahan pasangan itu di sebuah premis acara di Ampang, dekat sini, semalam.

Misnah berkata, dia juga sejuk hati apabila melihat Adam lebih banyak menghabiskan masa di rumah jika tidak terikat dengan urusan kerja.

“Saya melihat Adam jenis akan terus balik rumah selepas selesai kerja. Dia tidak buat perangai. Jadi, apabila saya lepaskan Sweet kepadanya, saya yakin dia mampu menjaga anak saya sama seperti saya menjaganya selama ini.

“Keluarga Adam juga sangat baik dan menerima Sweet seadanya. Mereka layan Sweet seperti anak sendiri. Alhamdulillah, saya ibu yang paling bahagia apabila mereka selamat disatukan,” katanya.

Misnah juga bersyukur doanya ketika berpeluang menjejakkan kaki ke Tanah Suci Mekah, dua tahun lalu dimakbulkan Allah SWT.

“Satu daripada doa yang saya panjatkat ketika di sana semoga Sweet ditemukan jodoh yang baik. Sweet anak yang sangat baik. Kita tidak tahu perancangan Allah, tetapi apabila tengok cara Adam melayani Sweet, saya tahu dia budak yang baik.

“Kita bukannya malaikat. Semua orang tentu ada kekurangan dan kelemahan. Alhamdulillah, dari awal mereka berkenalan, saya tengok Adam bukan jenis lelaki yang main-main.

“Saya percaya, Sweet berada di tangan dan jagaan yang baik, insya-Allah. Terima kasih buat semua pihak yang mendoakan kebahagiaan dan kesejahteraan keluarga kami,” katanya.

Sweet dan Adam diijabkabulkan semalam, sempena meraikan ulang tahun kelahiran ke-25 pelakon wanita tersebut.

Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97, selain lima dulang hantaran.

Untuk rekod, Pelakon Adam Lee memilih tarikh pernikahan hari ini dengan pasangannya Sweet Qismina sempena tarikh lahir Sweet. Adam, 28, atau nama sebenarnya Muhammad Arif Adam Mohamed Fadlee berkata, pemilihan tarikh 24 Oktober sempena dia mengambil alih tanggungjawab menjadi ketua keluarga dalam hidup Sweet.

”Alasan kenapa saya memilih 24 Oktober sebab tarikh ini adalah hari Sweet dilahirkan dan pada hari ini juga saya mengambil tanggungjawab sebagai suami. Besar tanggungjawab saya, tapi Alhamdulillah, Allah permudahkan semuanya,” katanya.

Menurut Adam, sepanjang empat tahun mereka bercinta, apa yang diterapkan adalah kejujuran dalam perhubungan. “Apa yang penting dalam sesebuah perhubungan adalah kena jujur. Jangan sesekali tipu pasangan. Sebagai contoh, kalau saya ada menipu mungkin kami belum sampai tahap ini,” katanya.

Sementara itu, Sweet, 25, atau nama sebenarnya Farhanna Qismina Supandi berkata, mereka mengambil masa empat tahun sebelum memutuskan untuk berkahwin kerana mahu menamatkan pengajian.”Sewaktu kami mula berkenalan, saya masih belajar iaitu di tahun akhir. Mak saya tidak ada masalah untuk kami berkawan, tapi dengan syarat saya kena habiskan belajar.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh itu perhubungan kami dipermudahkan. Tidak ada istilah ‘on off’. Malah, tahun pertama kenal, kami sudah hebahkan di media sosial.”Mungkin sebab itu ramai mendoakan kami kekal ke jenjang pelamin. Allah makbulkan sampai sekarang,” katanya.

Terdahulu, pasangan itu selamat bernikah dengan sekali lafaz di sebuah lokasi acara di Ampang, di sini, jam 10.40 pagi.
Pasangan itu dinikahkan abang pengantin perempuan, Fahed Ashraf Supandi dengan disaksikan Penolong Pendaftar Perkahwinan merangkap Imam 1 Masjid Darul Ehsan Taman Tun Abdul Razak, Gombak, Selangor, Mohamad Khairin Hussein.

Pada majlis itu, Sweet menerima mas kahwin RM2,410.97 manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan serta tujuh dulang hantaran berbalas lima daripada pihak Sweet.

Sumber: utusan, malay-mail.com.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button