Hiburan

“Sebelum ini, kami merahsiakan keadaan Darren dan Dylan” – Keh1langan Darren punca Pat terbuka dedahkan keadaan anak2.

KUALA LUMPUR: Jika tidak disebabkan insiden kehilangan anak sulung, pastinya penyanyi Pat Candy, 47, akan terus berahsia memiliki dua anak lelaki autlsme, Darren Haikal, 18 dan Dylan Hyder, 10.

Bukan malu ataupun tidak dapat menerima hakikat, namun Pat dan suaminya, Edrie Hashim agak keberatan mendedahkan keadaan anak-anaknya kerana bimbang masa depan, selain kurang kefahaman mengenai autlsme.

“Sebelum ini, kami merahsiakan keadaan Darren dan Dylan. Ini kerana beranggapan lebih baik merahsiakannya agar mereka tidak malu jika penyaklt sembuh, suatu hari nanti.

“Namun, akhirnya saya dan Edrie sedar mereka tidak akan pulih. Pendirian juga berubah selepas peristiwa kehilangan Darren.

“Pada masa itu, kami sekeluarga dij4ngkiti virus Influenza dan perlu dirawat di hospital. Selepas pendaftaran, kami panlk menyedari Darren hilang.

“Puas mencari akhirnya kami bertemu dengannya di sebuah stesen petrol berhampiran. Sejak itu, kami lebih terbuka mengenai keadaan Darren dan Dylan.

“Jika berlaku inslden sama, orang tahu harus menghantar mereka ke mana jika terjumpa,” cerita Pat kepada BH Online.

Pat berkongsi, kesabaran tinggi amat diperlukan kerana dua anak autlsme tidak mampu menguruskan diri sendiri.

Berkongsi pengalaman menjaga dua anak autlsme, Pat atau Nurul Nadhirah Patricia Robert berkata, kesabaran tinggi amat diperlukan kerana dua anaknya itu tidak mampu menguruskan diri sendiri.

“Sejak masih bayi hinggalah sekarang, saya masih lagi mandikan Darren. Malah, butang baju pun Darren tak pandai pakai.

“Ini juga antara punca saya menghilang dari radar seni. Saya mahu menjaga anak-anak.

“Sedangkan, ada ketika saya sendiri tidak tahan, apatah lagi orang lain.

“Dahulu, saya tak berapa faham mengenai autlsme, namun, sekarang sudah ada banyak maklumat mengenainya.

“Saya ada menyertai kumpulan berkait rapat dengan autlsme dalam Facebook. Di situlah banyak pengalaman dikongsi,” katanya.

Penyanyi yang pernah popular menerusi lagu Akan Ku Tunggu itu berkata, dia mulanya menganggap satu cabaran menjaga Darren dan Dylan.

“Namun, saya bersyukur Darren dan Dylan sihat dan masih berjalan ke sana sini. Saya melihat pengalaman orang lain yang ada antaranya anak terlantar,” katanya.

Pat menaruh harapan anak-anaknya kembali pulih seperti anak lain hingga terbawa-bawa dalam mimpi.

Sebagai ibu, wanita kelahiran Kuching, Sarawak itu berkata, ada ketika menaruh harapan anak-anaknya kembali pulih seperti anak lain hingga terbawa-bawa dalam mimpi.

“Saya pernah bermimpi rancak berbual dengan Darren. Ketika itu, perasaan saya sangat gembira kerana tak sangka akhirnya dapat bersembang dengannya.

“Malangnya, situasi hanya berlaku dalam mimpi. Apabila terjaga, saya cuba tidur dengan harapan mimpi akan sama akan berulang, namun hampa.

“Cuma, saya kasihan dengan Edrie. Ini kerana suami tidak dapat berbual dengan anak-anaknya seperti bapa lain disebabkan keadaan mereka,” luah Pat dalam nada sedih.

Sementara itu, Pat memaklumkan, Candy akan kembali memeriahkan industri muzik dengan menampilkan single baharu, tidak lama lagi.

“Setakat ini, kami sudah merakamkan melodi, cuma menunggu proses rakaman vokal. Kami masih memilih genre rock, tetapi sedikit ringan.

“Penampilan dalam program GV9 ini juga sebagai ‘teaser’ untuk memberitahu peminat bahawa Candy akan kembali,” katanya dalam nada teruja.

Pat mendirikan rumah tangga dengan Edrie yang juga komposer dan ahli kumpulan Project Pistol pada 2002.

Darren disahkan austlsme dan hyperaktif, manakala adiknya Dylan tidak pernah bercakap dan doktor mengesahkannya speech delay’ dan dikenali ‘autlsme spectrum’ sejak lahir.

Sumber : BH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button