Siti Jamumall jalani pembedahan cari punca benj0lan di leher, netizen dakwa hanya sekadar ‘content’ – “Saklt bukan perkara boleh dibuat main”
NAMA personaliti media sosial dan usahawan Siti Jamumall sekali lagi mencuri tumpuan ramai apabila dia dikatakan berpura-pura sakit demi sebuah content bagi mahu menarik perhatian ramai.
Kesal dengan tuduhan sebegitu, Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, menjelaskan dia tidak mungkin tergamak menipu orang ramai dalam hal melibatkan kesihatan diri.
“Nak kata saya buat marketing memang tidak! Sakit bukan perkara yang boleh dibuat main. Saya tak sanggup nak jadikan sakit sebagai content kerana takut betul terkena kepada diri sendiri.
“Penyakit ini walau kita muda sekalipun kalau dah ditakdirkan jadi, memang jadi terus,” katanya.
Siti menunjukkan benjolan pada lehernya.
Terdahulu, Siti selamat menjalani pembedahan bagi mengenal pasti benjolan pada bahagian kiri lehernya di sebuah pusat perubatan di Shah Alam, Selangor pada Jumaat.
Menerusi beberapa hantaran di laman TikTok miliknya, Siti memuat naik tentang perkara tersebut sehingga dia selesai menjalani prosedur pembedahan.
Bagaimanapun, ramai menuduhnya sengaja meraih perhatian semata-mata untuk meningkatkan jualan produknya.
Membaca setiap komen yang dilemparkan, Siti mengambil pendekatan untuk fokus kepada kesihatannya dan enggan memikirkan tanggapan negatif sesetengah pihak.
“Kalau baca komen-komen negatif di laman sosial saya boleh tahu mereka sebenar baru mengenali saya. Kalau yang sudah lama kenal, mereka tahu siapa diri saya yang sebenar.
“Tak perlu nak terasa hati. Saya juga faham apa sahaja yang dilakukan boleh menjadi viral di media sosial sekarang ini. Biasalah… dalam kehidupan tidak semua orang suka kita.
Saya tak sanggup nak jadikan sakit sebagai content kerana takut betul terkena kepada diri sendiri
SITI JAMUMALL
PERSONALITI MEDIA SOSIAL/USAHAWAN
“Saya tidak mahu berfikir negatif dan lebih baik ambil yang positif sahaja,” ujarnya.
Bercakap tentang masalah kesihatan yang dialami, kata Siti dia mula menyedari perkara tersebut sejak beberapa bulan lalu dan benjolan tersebut menjadi semakin besar.
Sering menerima kec4man, Siti sudah lali dengan kata-kata negatif netizen.
“Benjolan itu dah beberapa bulan yang lepas. Tapi baru-baru ini, saya pergi ke klinik untuk membuat pemeriksaan sebab makin membesar.
“Saya dah buat segala prosedur tetapi masih belum dapat kesan. Itu yang kena jalani pembedahan untuk mengenal pasti sama ada tibi atau kanser limfoma,” jelasnya.
Siti sebelum ini pernah menjadi perhatian ramai sekitar tahun 2021 lalu apabila bayi yang dilahirkannya bertukar dengan anak pasangan lain di sebuah hospital.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.