Hiburan

Selepas 12tahun, Syura Badron selamat melahirkn anak hasil perkhawinan kedua, dedah jantina anak

PENYANYI Syura selamat melahirkan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan di Johor Bharu, Johor pada pukul 9.01 malam, Isnin.

Syura atau Zuraidah Badron, 37, berkata, bayi seberat 2.5 kilogram itu dilahirkan secara normal dan memilih untuk bersalin di Johor kerana sebelum ini doktor yang sama menyambut kelahiran tiga anaknya sebelum ini.

Kata Syura, dia juga berasa bimbang jika berlaku sebarang komplikasi atau perlu melahirkan secara pembedahan apatah lagi ini kali pertama dia bersalin dalam tempoh 12 tahun.

Suami Syura (kiri) turut sama berada di bilik bersalin menyambut kelahiran bayi mereka.

“Syukur Alhamdulillah proses bersalin semua dipermudahkan. Saya pilih untuk bersalin di sini (Johor) sebab bimbang jika perlu dibedah, maklumlah usia pun sudah meningkat.

“Selepas 12 tahun, pelbagai perasaan yang saya rasakan. Memang teruja tapi dalam masa sama ada sedikit rasa janggal. Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru,” katanya ketika dihubungi mStar pada Selasa.

Dalam pada itu, Syura berkata, dia dan suami iaitu Muhd Farizat, 29, sepakat memilih nama Muhammad Umar Eussof untuk bayi lelaki mereka.

Syura memberitahu suaminya teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka dan turut menemaninya saat melahirkan di dewan bersalin.

Menurutnya lagi, dia dan suami akan berkongsi gambar bayi mereka itu untuk tatapan peminat dalam masa terdekat.

“Mestilah suami teruja sebab ini kali pertama dia bergelar seorang ayah. Dia yang sambut bayi kami semalam sampai menggigil tangannya apabila melihat anak kami,” ujarnya.

Walaupun sudah ada tiga anak, saya anggap ini adalah pengalaman baru

SYURA

PENYANYI

“Buat masa sekarang memang tak kongsi wajah anak. Kita pun tak mahu perkara tidak diingini berlaku. Tapi tidaklah saya akan sorok lama.

“Insya Allah kami akan kongsi bila tiba masa sesuai,” jelasnya yang akan menjalani proses berpantang di Kuala Lumpur.

Syura dan Muhd Farizat mendirikan rumah tangga pada 22 Januari 2022 dan ini merupakan perkahwinan kedua penyanyi tersebut.

Syura dan Farizat bersama tiga anak hasil perkahwinan terdahulu.

Untuk rekod, Syura pernah berkahwin dengan Mohd Fadhly Md Yassin namun rumah tangga mereka berakhir dengan penceraian pada Ogos 2015.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nurul Dania Irdina, 16, Nurul Qaisara Sofia, 14 dan Muhammad Irfan Aryan, 12 tahun.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button