Hiburan

“Pengalaman Bermakna Tak Akan Saya Lupa,” – Nad Zainal Seb4k Berk0ngsi Reaksi Anak Hampir Sebulan Tak Jumpa

Pelakon Nad Zainal menjelaskan fasa ditidurkan hampir sebulan dan dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) di sebuah pusat perubatan akibat jangkltan kuman dalam paru-paru sebagai suatu pengalaman yang tidak dapat dilupakan.

Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin, 32, meluahkan rasa syukur apabila sudah dibenarkan keluar wad dan kembali ke pangkuan keluarga dan bertemu kedua-dua anaknya.

Kata Nad, keadaan kesihatannya masih belum sembuh sepenuhnya selain mudah mengalami masalah pernafasan pendek apabila terlalu banyak bercakap.

Pun begitu, menerusi video siaran langsung berkenaan, Nad yang mengenakan baju berwarna hitam dan tudung rona krim kelihatan ceria dan aktif selain tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada semua yang sering mendoakan kesihatannya.

Nad Zainal muncul di TikTok selepas sebulan dirawat di hospital.

Menurut Nad, apa yang berlaku membuatkan dia kini lebih menghargai kehidupan.

“Pengalaman selama sebulan di hospital, ia satu pengalaman bermakna dan tak akan saya lupakan. Ia membuatkan saya lebih menghargai kehidupan dan akan lebih berhati-hati.

“Akan selalu lakukan pemeriksaan kesihatan selain nak hargai semua makanan. Tak mahu buang-buang dah. Nanti kita cerita selebihnya.

“Hari ini lebih kepada saya ingin menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih atas sokongan semua,” katanya yang akan mengulas lanjut mengenai penyaklt yang dialami di lain masa. 

Nad berkongsi perkara tersebut buat pertama kali menerusi sesi siaran langsung yang dilakukan di platfrom TikTok malam tadi.

Antara lain, pelakon drama Cina Buta itu turut kelihatan seb4k apabila berkongsi reaksi anak-anak sejurus melihatnya kembali pulih.

“Sudah tentu mereka gembira. Ibu bapa saya datang terlalu awal sebelum masa saya dibenarkan keluar hospital.

“Jadi saya minta kebenaran pihak hospital untuk saya jalan keluar ke kereta ibu bapa. Nak tengok anak-anak saya.

“Saya berjalan buat pertama kalinya dari hospital. Saya nampak Som, dia tunjukkan kat saya dan cakap ‘mummy mummy’.

“Boleh nampak dari dalam kereta, Som dah senyum dan nampak barisan gigi dia sudah penuh. Ketika saya dalam wad, dia sakit gusi sebab nak tumbuh gigi.

“Itulah pengalaman yang saya tak boleh lupa dengan melangkah keluar kena matahari. Dia macam ‘wow’ hidup baru. Begitulah… sebulan kot tak jumpa anak,” katanya lagi.

Nad Zainal berehat sementara dari lakonan.

“Saya ambil rehat selama dua bulan untuk persiapkan diri saya. Kalau nak berlakon pun saya nak persiapkan diri saya… saya nak kembali dalam keadaan sihat dan nak berikan yang terbaik kepada peminat yang mendoakan saya.

Malah Nad turut memberikan dedikasi kepada semua pihak yang menitipkan semangat serta doa yang baik-baik sekaligus meminta segelintir pihak agar menghentikan spekulasi yang tidak berasas.

Kata Nad, dakwaan kononnya dia sakit disebabkan kesan long C0v1d-19, menghidap sakit buah pinggang kesan pengambilan suplemen adalah tidak benar sama sekali.

“Semua dakwaan itu tidak benar. Saya hanya mengalami masalah paru-paru berd4rah.

Terdahulu pada Nad atau nama sebenarnya, Farah Nadia Zainal Abidin beberapa hari lalu dilaporkan sudah sedarkan diri malah sudah dipindahkan daripada Unit Rawatan Rapi (lCU) ke wad biasa.

Perkara tersebut dimaklumkan pengarah dan penerbit, Shahrulezad Mohammedin yang turut memberitahu, Nad atau Farah Nadia Zainal Abidin juga sudah mampu berbual dan ketawa serta menunjukkan perkembangan positif sejak dimasukkan ke hospital pada 22 November lalu  akibat pendar4han dalam paru-paru.

Sumber: MH, mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button