Anak Makin Besar, Mak ‘Maintain’ Awet Muda! CHERYL SAMAD Usia 42 Tahun & Isteri Pemilik Hotel!
Macam tak berubah muka Cheryl Samad! Peminat industri muzik era 90an pasti merindui kepetahan wanita manis ini tatkala mengacara. Cukup berstamina, ceria dan sentiasa mengukir senyuman sepanjang mengendalikan program, membuatkan personaliti ini disenangi kerana karakternya yang menghiburkan.
Dilahirkan di Kuala Lumpur dan anak kedua daripada tiga beradik, Cheryl atau nama sebenarnya Cheryl Marina Abdul Samad kini kian bahagia memegang status isteri dan ibu.
Namun ramai peminat bagai tidak menyangka figura ini sudah pun mencecah usia 42 tahun kerana raut wajahnya yang tidak dimamah usia.
Kredit Instagram @cherylsamad
Bahkan penampilan dan susuk tubuh isteri Ng Ping Ho ini tak ubah seperti anak dara! Cheryl ialah anak kacukan Melayu dari bapanya. Manakala ibu Cheryl pula Eurasian keturunan Portugis.
Wajah Cheryl mula menghiasi kaca televisyen ketika menjadi model iklan komersial pada usia empat tahun. Difahamkan ia berlaku secara tidak sengaja memandangkan waktu itu dia menemani kakaknya yang menyertai uji bakat.
Bagaimana pun sekitar tahun 2009, nama Cheryl menjadi pengacara pilihan bagi pelbagai program berbentuk hiburan dan muzik. Malah, dia melonjak populariti sebagai pengacara ketika mengendalikan Muzik-Muzik.
Kredit Instagram @cherylsamad
Selain itu, Cheryl juga pernah menghiasi program MTV Asia VJ, Malaysia Idol dan Anugerah Juara Lagu. Lebih manis, dia turut diberi kepercayaan untuk acara pembukaan Sukan SEA 2017.
Tidak sekadar berbakat dalam kerjaya pengacaraan, Cheryl mengasah bakat lakonan menerusi Ghost, Ghost 2 dan The Bridge.
Tanggal 30 April lalu genap 11 tahun Cheryl bergelar isteri kepada pengusaha KLoe Hotel, Ng Ping Ho. Menelusuri latar belakang lelaki ini, Ping sebelum ini merupakan pengarah filem, penerbit dan penulis skrip.
Kredit Instagram @cherylsamad
Malah dia pernah terlibat dalam sitkom komedi TV berbahasa Inggeris seperti Kopitiam, Table for Two dan banyak lagi. Pun begitu, sejak berkahwin Ping tidak lagi aktif di belakang tabir sebaliknya berkecimpung dalam bidang hartanah.
Sejak mendirikan rumah tangga, Cheryl dan Ping bersetuju memperlahan kerjaya masing-masing demi membesarkan anak tersayang. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Stella berusia sembilan tahun dan Kate, enam tahun.
Sumber:Nona
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda