Hiburan

“Mana maruah saya sebagai lelaki?” – 10 tahun kahwin, akhirnya Hasnol cer4i isteri sebab tiada pendapatan tetap

PENYANYI Hasnol mendedahkan punca sebenar percer41annya dengan bekas isteri, Marina Mohin adalah disebabkan masalah kewangan yang dihadapinya sejak sekian lama.

Hasnol atau Hasnol Hassan Ariff, 52, berkata, disebabkan perkara itu juga perkahwinan mereka mula goyah sehingga tiada lagi persefahaman di antara mereka dan membawa kepada percer41an.

“Saya mengakui sudah lama tidak mempunyai pendapatan tetap.

“Tidak dinafikan keadaannya (Marina) lebih stabil berbanding diri saya… mana maruah saya sebagai lelaki kalau saya tidak dapat menanggung segala-galanya?

Marina kelihatan sugul ketika hadir ke mahkamah bagi sebutan kes percer41annya.

“Jadi, saya mengambil keputusan untuk mengundur diri,” katanya kepada mStar.

Terdahulu, Hasnol melafazkan cer41 talak satu terhadap Marina, 52, di hadapan Hakim Syarie, Mohd Syafiq Ibrahim pada pukul 12.18 tengah hari, Khamis.

Lafaz itu dibuat penyanyi Laguku Untukmu itu di Mahkamah Syariah Daerah Hulu Langat, Bangi.

Sementara itu, Hasnol berkata, dia turut memberikan hak penjagaan anak perempuan mereka kepada Marina dan berharap mampu mencari pendapatan tetap selepas ini.

“Bekas isteri lebih layak dalam hak penjagaan anak kami kerana dia mempunyai kerja tetap.

Hasnol turut meyerahkan hak penjagaan anak mereka kepada Marina.

“Insya Allah, jika dibuka pintu rezeki semula, saya akan bertanggungjawab bukan hanya anak saya bersama Marina tetapi anak-anak yang lain dengan bekas isteri pertama,” katanya yang akur dengan perceraian tersebut.

Untuk rekod, ini bukan kali pertama perkahwinan pasangan ini bergolak sejak berkahwin pada 2010 malah pada 2015 rumah tangga mereka pernah berantakan namun masalah itu diselesaikan secara baik.

Menerusi perkahwinan pertama dengan bekas isteri, Akhmarzuraikha Salleh, 52, Hasnol turut dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aqeef Hayyat, 27, Aqeef Hilman, 24 dan Hanna Aeesya, 18 tahun.

Manakala Marina turut mempunyai tiga cahaya mata iaitu Zafirah, 28, Ilya Zulaikha, 27 dan Muhammad Aliff Imran, 22, hasil perkahwinan dengan bekas suami pertama.

Sumber : mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button