Hiburan

“Saya insan yang lemah…” – Aliff Syukri umum tinggalkan media sosial, menangis teresak-esak mohon maaf dengan keluarga

SAMBIL menangis teresak-esak, usahawan kontroversi Datuk Aliff Syukri mengumumkan mengundur diri daripada semua laman sosialnya.

Aliff menerusi dua video yang dimuat naik di Instagram miliknya turut memohon maaf kepada ibu, Rozita Ibrahim, isteri, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid dan anak-anaknya atas kekhilafannya selama ini.

“Mohon keampunan dan kemaafan. Kepada semua yang mengenali saya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki saya mohon maaf.

“Saya juga nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki terutamanya kepada emak saya, isteri dan anak-anak saya.

Aliff turut memohon maaf kepada semua pengikutnya.

“Saya insan yang lemah… Saya akan mengundurkan diri daripada semua laman sosial dan terima kasih semua yang sentiasa menyokong saya dari dulu sampai sekarang,” katanya.

Dalam video tersebut, Aliff turut memberitahu keputusannya itu turut dibuat demi keluarganya dan ia dugaan berat buat dirinya.

Aliff turut memohon pengikutnya sentiasa mendoakan perniagaan dan keluarganya selain berharap tindakannya mengundurkan diri akan membuat semua tenang dan bahagia.

“Kalau jumpa di luar tegur-tegurlah saya. Saya minta maaf sangat.

Video teaser single terbaharunya bersama Baby Shima dikec4m hebat netizen.

“Terima kasih atas sokongan anda selama ini dan doakan perniagaan dan anak-anak saya,” katanya.

Keputusan Aliff itu dipercayai dibuat selepas dia menerima kec4man hebat netizen yang tidak berpuas hati dengan video teaser lagu terbaharunya bersama penyanyi Baby Shima yang dimuat naik di TikToknya pada Khamis.

Video tersebut dihujani dengan pelbagai kec4man netizen yang kurang bersetuju dengan aksi keterlaluan Shima bergelek selain sikap Aliff yang tidak serik selepas pernah dihentam atas tindakan sama sebelum ini.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button