Hiburan

‘Saya Kurang Terima Anugerah. Tak Mngapa Kerana..’ – Luahan FaizalHussein. Tak Kisah 5,6 Bulan Takde Job

Faizal Hussein ni antara aktor paling berbakat di malaysia. Walaupun sekarang umur dah lebih 50 tahun tapi personaliti tetap menarik nampak mcm 30-an jer..”

Demikian antara komen ntizen yang tercengang sebaik menyedari hero Malaya itu sebenarnya sudah berusia 55 tahun tetapi kekal bertenaga seperti orang muda.

Itulah hakikat dan kenyataan sebenar. Mungkin kecenderungan terhadap lakonan, selain minat mendalamnya dalam arena pemotoran membuatkan dirinya kelihatan kekal muda berbanding usia sebenar.

Bagi peminat drama dan filem Melayu, siapa yang tidak mengenali aktor cukup berkarisma, Faizal Hussein.

Lebih tiga dekad mewarnai dunia lakonan dan menempuhi pelbagai sepak terajang sebagai anak seni, Faizal dilihat masih kekal relevan serta ditagih pesona bakatnya sehingga ke hari ini.

Berpeluang bertemu anak seni hebat itu baru-baru ini, Faizal memberitahu, dia langsung tidak pernah terfikir untuk meletakkan sebarang titik noktah dalam karier lakonannya.

Saya tak pernah rasa diri saya tua

Bagi aktor yang cukup sinonim dan dikenali dengan watak Roy menerusi filem Gila-Gila Remaja sekitar 34 tahun lalu itu, selagi dirinya diberikan kesihatan yang baik, dia akan terus berlakon tanpa sekelumit jemu.

” Saya tak pernah rasa diri saya tua. Badan saya masih sihat dan boleh bekerja seperti waktu muda dahulu.

” Kalau tak terlibat dengan penggambaran sekali pun, saya tetap akan buat aktiviti lain bersama keluarga.

” Dalam erti kata lain, saya akan pastikan tubuh badan sentiasa bergerak aktif. Pada usia 55 tahun, saya akui tak pernah puas bekerja,” katanya.

Tambah Faizal atau nama sebenarnya Mohd. Faizal Hussein, masih banyak watak yang mahu diterokai sebelum dia betul-betul ‘pencen’ sebagai anak seni.

” Kalau diikutkan, banyak lagi watak yang mahu saya terokai. Jika ada skrip yang bagus, pasti akan saya terima tawaran tersebut,” katanya.

 

Tiada masalah duduk di rumah selama lima atau enam bulan, tiada tawaran

Berkongsi lanjut, mengakui dirinya agak memilih dengan setiap tawaran yang datang, Faizal mahu setiap hasil kerjanya berkualiti dan memberi impak tersendiri terhadap penonton.

” Saya agak memilih untuk menerima tawaran lakonan lebih-lebih lagi pada usia sebegini.

” Perkara pertama yang saya lihat adalah bayaran dan kedua, kualiti penulisan skrip naskhah tersebut.

” Saya pernah juga terima tawaran dengan bayaran yang tidak berapa setimpal, tetapi tetap terima sebab terlalu sukakan skrip tersebut,” ujarnya.

Faizal juga tidak akan mengambil atau menerima mana-mana tawaran lakonan yang memakan tempoh penggambaran panjang kerana ingin menjaga nilai eksklusif.

” Mungkin ada sesetengah pelakon akan mengeluh jika dua atau tiga bulan tidak menerima tawaran.

” Tetapi tidak bagi seorang Faizal Hussein. Saya okey dan tidak ada masalah duduk di rumah selama lima atau enam bulan sementara menunggu masa terlibat dengan projek seterusnya.

” Saya tidak mahu terdedah dengan terlampau banyak tawaran filem atau drama sekali gus itulah sebenarnya yang membuatkan saya eksklusif.

Saya juga kurang terima anugerah. Bagi saya, tak mengapa kerana…

” Saya juga kurang terima anugerah. Bagi saya, tak mengapa kerana saya berlakon tanpa meletakkan sebarang sasaran untuk mana-mana anugerah yang sepatutnya dimenangi,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Faizal yang sudah lama tidak menghiasi televisyen sebagai pelakon komedi teruja apabila dapat menjayakan sebuah sitkom berjudul Dak Dak Ofis baru-baru ini.

Sudah pun menemui penonton menerusi saluran Awesome TV, Faizal menyifatkan naskhah tersebut mempunyai jalan cerita dan skrip yang begitu menarik.

” Kali terakhir saya buat sitkom komedi sekitar 1990-an. Saya tertarik untuk terima tawaran ini kerana skrip yang bagus.

” Memang saya suka buat komedi tetapi jarang sekali diberi peluang. Rasanya orang-orang dalam industri tahu saya boleh berlakon komedi.

” Mungkin juga ramai fikir hanya watak serius dan hero yang sesuai serta layak untuk saya, jadi mereka (penerbit) jarang nak ambil saya berlakon naskhah komedi,” katanya.

Sitkom Dak Dak Ofis turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Amy Mastura, Eyka Farhana dan Ajak Shiro.

10 fakta menarik Faizal Hussein yang ramai tak tahu

 

1) Lahir pada 31 Mei 1967, Faizal begitu menyerlah melalui filem Gila-Gila Remaja sebagai Roy. Filem itu adalah arahannya bapanya, Allahyrham Hussein Abu Hassan.

2) Faizal dilahirkan dan dibesarkan di Gombak, walaupun kampung halamannya adalah di Alor Gajah, Melaka, asal sebelah bapa dan Tanjung Karang, Selangor, asal sebelah ibu.

3) Ibu Faizal, Mahyon Ismail merupakan seorang pelakon wanita Malaysia dan telah meninggI dnia (21 Mei 2011) di Hospital Ampang Puteri pada usia 68 tahun.

 

4) Bapa Faizal pula, Hussein Abu Hassan sememangnya pelakon terkenal pada era 60an hingga 80an. Beliau adalah bekas anggota PDRM sebelum menceburi bidang lakonan.

5) Lakonan Hussein Abu Hassan dalam filem arahan P. Ramlee menerusi Laksamana Do Re Mi terserlah menerusi watak Menteri Pasola.

6) Faizal memegang peranan kecil pada usia 5 tahun dalam filem Darah Panglima (1972) arahan S. Kadarisman, diikuti oleh Penyamun Si Bongkok (1973) arahan M. Amin.

Foto Faizal Hussein dan Isteri

7) Filem-filem terkenal lakonan Faizal seperti Gila-Gila Remaja (1986), Bayangan Maut dan Kanta Serigala (1991), MX3 (2003), Pontianak Menjerit (2005) dan Bunohan (2012). Pada Mei 2019,

8) Harian Metro menyenaraikan beliau sebagai salah seorang daripada 10 pelakon senior Malaysia paling laris sepanjang zaman.

9) Selain itu, Faizal juga ialah sepupu kepada Rosyam Nor. Umur mereka sebaya di mana Rosyam Nor dilahirkan pada 1 Mac 1967.

10) Ramai juga tak tahu, penyanyi popular iaitu Datuk Khadijah Ibrahim juga adalah sepupu kepada Faizal Hussein.

Sumber:k0smo dan wikipedia

Kredit: muzikjalanan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button