Dakwaan foto perkahwinan tergantung di dinding rumah, Erra Fazira ketawa dengar gosip sudah kahwin, masih pegang status ibu tunggal
PELAKON Erra Fazira tampil menjawab spekulasi telah mendirikan rumah tangga selepas tular dakwaan kononnya ada foto
perkahwinan seperti didakwa rakan industri sebelum ini.
Menurut Erra atau Fazira Wan Chek, 50, gosip yang timbul itu merupakan satu fitnah dan tidak benar sama sekali.
Enggan memanjangkan isu berkenaan, Erra berkata dia sudah memaafkan individu yang menyebarkan cerita itu.
Erra anggap berita dia sudah berkahwin sebagai satu fitnah.
“Gambar perkahwinan itu semestinya fitnah. Gambar sangkut dekat dinding? Itu fitnah dan kita maafkan.
“Sebab kita sendiri tahu diri kita dan ia rumah kita. Jadi bila kita dengar pun kita ketawa sahaja,” katanya kepada mStar.
Erra menjawab mengenai perkara itu ketika ditemui di sidang media drama Rampas Cintaku 2 di Pavilion, Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Jumaat.
Dalam pada itu, Erra sekali lagi menegaskan dia masih memegang berstatus ibu tunggal dan belum berkahwin.
Meskipun usianya sudah mencecah 50 tahun, Erra berkata dia sentiasa terbuka sekiranya diberikan rezeki untuk berkahwin lagi.
“Saya masih ibu tunggal sudah bertahun-tahun dan saya tidak menutup pintu tetapi rezeki mungkin belum lagi.
Gambar sangkut dekat dinding? Itu fitnah dan kita maafkan
ERRA FAZIRA
PELAKON
“Saya pun tak tahulah yang mahu menggosipkan… tapi apa-apa pun semuanya mungkin ada hikmahnya.
“Kebaikannya bermakna orang masih berminat nak tahu tentang kisah peribadi kita. Tapi yang buruknya, sudah-sudahlah tu.
“Carilah cerita berkenaan orang muda, ramai lagi artis baharu,” ujarnya.
Ramai yang terus mendoakan Erra kembali bertemu jodoh.
Meskipun tidak mempunyai teman hidup, Erra mengakui masih bahagia menjalani hidup kerana baginya kebahagiaan bukan bergantung kepada manusia.
Sebelum ini, timbul spekulasi mendakwa Erra telah berkahwin dengan seorang ahli politik berasal dari Perak.
Susulan itu, ada seorang kenalan industri yang bertandang ke rumah Erra membuat dakwaan ternampak gambar perkahwinan primadona tersebut di rumahnya.
Untuk rekod, Erra pernah mendirikan rumah tangga dengan Engku Emran pada 25 Oktober 2007, namun mereka disahkan berpisah pada 18 Februari 2014.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan Engku Aleesya yang kini berusia 15 tahun.
Sumber :mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.