“Saya dekat belakang awak ya” – Siti Nurhaliza mengalah, ‘iktiraf’ Aliff Syukri penyanyi nombor satu
USAHAWAN sensasi Datuk Aliff Syukri sebelum ini pernah menggelarkan dirinya sebagai penyanyi nombor satu negara berikutan kesemua lagu yang pernah dilancarkan trending di tangga pertama YouTube.
Terbaharu, Aliff atau Aliff Syukri Kamarzaman, 36, dilihat meninggalkan komen di Instagram milik penyanyi tersohor Datuk Seri Siti Nurhaliza yang mendapat perhatian ramai.
Menerusi komennya itu, Aliff memuji idolanya dan sempat bertanya sama ada penyanyi lagu Cindai itu mengenali dirinya atau pun tidak.
Aliff meninggalkan komen di Instagram Siti.
“Cantiknya awak idola saya. Awak kenal tak saya artis nombor satu ini?,” tulisnya.
Komen ditinggalkan Aliff itu turut mendapat perhatian Siti, 44, yang bersahaja menjawab dia sememangnya mengenali Aliff yang merupakan penyanyi nombor satu negara.
Tidak hanya itu, Siti mengakui dia berada di belakang usahawan kosmetik tersebut.
“Mestilah saya kenal awak penyanyi nombor satu, saya dekat belakang awak ya,” balasnya.
Rata-rata peminat turut meninggalkan komen kerana terhibur dengan jawapan yang diterima oleh usahawan berkenaan dan menganggap Siti terpaksa memberi jawapan tersebut.
“Tokti (panggilan Siti) terpaksa puji Datuk tu. Tak mahu Datuk kecil hati. Datuk jangan perasan ya.
“Jangan main-main nombor syatuuuu ya.
“Hahaha terhibur sangat,” tulis netizen.
Untuk rekod, Aliff pernah popular menerusi beberapa buah lagu yang menjadi viral termasuk Bobo Di Mana, Abang Nak Tegur dan Kelepok Raya.
Sumber : mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.