Hiburan

“Tak Salah Nak Ambil Jawatan, Tetapi…” Shahrol Shiro Tegur Cara Hans Isaac Tangani Isu Padang Stadium Nasional

Sebelum ini peminat bola sepak negara membanjiri ruangan komen di laman sosial, Instagram milik Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM), Datuk Gerald Hans Isaac dan menggesa beliau membaik pulih padang Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang telah rosak.

Diminta Untuk Bertanggungjawab

Rata-rata orang ramai meminta beliau untuk bertanggungjawab atas kerosakan tersebut dan membaikinya segera sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia 8 Disember, malam ini.

Bukan itu sahaja, pengguna media sosial juga turut meminta Hans Isaac untuk meletakkan jawatan sebagai Pengerusi PSM dan beri kepada individu berkelayakan.

PSM Tampil Mohon Maaf

Terbaru, Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) akhirnya tampil memohon maaf kepada seluruh penggiat dan peminat bola sepak tempatan khususnya pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC (TFC).

PSM mengakui tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk membaiki dan mengembalikan padang ke tahap optimum selepas konsert Coldplay yang berlangsung pada 22 November lalu.

Shahrol Luah Rasa Kecewa

Susulan dari kejadian tersebut, Shahrol Shiro dilihat seolah-olah turut meluahkan kekecewaannya apabila kenyataan yang dikeluarkan oleh PSM.

Bro Hans, tak salah kecaman dari netizen kerana itu adalah sebuah ekspresi kekesalan dengan apa yg berlaku.

Bila dipersoalkan tempoh hari, kamu jawab sudah ada formula tetapi hari ini keluar kenyataan mohon maaf dan alasan tidak punya masa utk perbaiki.

Malah Shahrol juga menyatakan jawatan yang digalas itu sebaiknya adalah dalam bidang kepakaran individu itu agar tanggungjawab dapat dilakukan dengan sebaiknya.

Tak salah untuk kita ambil jawatan tetapi biarlah ianya didalam ruang lingkup bidang kita agar ianya boleh dilakukan dengan setulus hati agar satu pembaharuan boleh dibawa.

Untuk makluman, sebelum ini, SNBJ telah digunakan sebagai tempat berlangsungnya konsert artis antarabangsa, Coldplay pada 22 November lalu.

Pada 24 November lalu, akhbar melaporkan, PSM memberi jaminan permukaan padang SNBJ boleh digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia 2023 antara juara bertahan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu FC pada 8 Disember malam ini.

Sumber :murai.my

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button