Hiburan

“Takut Kalau Duit Itu Tak Berkat,” – Enggan Tipu Orang, Nadya Syahera Selesa Jujur Sebab Rezeki Dikongsi Dengan Anak & Keluarga

Pelakon Nadya Syahera yang baharu dilantik sebagai duta Nano Cosmetics mempunyai prinsip tersendiri sebelum menerima apa-apa tawaran khsusnya yang berkaitan dengan kecantikan wajah.

Ibu kepada tiga cahaya mata yang juga bekas model ini menjelaskan, dia sebolehnya tidak mahu mengulangi kesilapan lalu yang mahu tampil cantik secara drastik tanpa memikirkan kesan sampingannya.

“Saya pernah mengalami satu pengalaman yang tak elok susulan menggunakan produk wajah yang ‘asal boleh’. Sebab itu penting untuk kita ketahui apa kandungan yang terkandung di dalamnya sebelum aplikasi.

“Saya pernah guna produk yang ada merkuri, kulit menggelupas yang tidak hilang dan sebagainya. Apa pengalaman yang saya alami itulah yang akan saya kongsi kepada semua. Sebab itulah sebelum menerima apa-apa produk kecantikan untuk riviu, saya akan selidik dulu,” katanya kepada MH.

Bintang berusia 29 tahun itu berkata demikian ketika ditemui pada sidang media mengenai perlantikannya itu di Quill City Mall, Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Nadya menambah, dia juga tidak mahu menipu pengguna selain mengakui akan kepentingan untuk tahu mengenai kandungan sesebuah produk.

“Sebab kalau hanya main ambil tanpa ambil tahu apa kandungannya, bimbang nanti kalau orang lain yang pakai, saya yang akan kena balik.

“Jadi saya lebih senang untuk berkongsi berdasarkan kepada pengalaman, bukan hanya main karang atau tulis di media sosial.

“Tak baik buat begitu. Mereka (klien) bayar saya jadi takut kalau duit yang diterima tak berkat. Rezeki yang ada itu saya akan kongsi dengan anak-anak dan keluarga. Kalau hasilnya tak berkat, macam mana tu?

“Malah sebelum saya terima tawaran ini, saya beritahu kepada pihak Nano Cosmetics untuk cuba menggunakan produk ini kira-kira hampir dua bulan untuk melihat keberkesanannya.

“Sebelum ini saya pernah guna ketika melakukan rawatan wajah di sebuah pusat kecantikan. Sebab teruja dengan hasilnya, saya bertanya dan tak sangka rezeki kami untuk bekerjasama,” katanya lagi.

Sebagai pengenalan, pelakon drama Selepas Terlafaznya Akad itu menjadi wajah wakilan selama enam bulan.

Sementara itu, Pengurus Besar Nano Cosmetics, Nur Amalia Abdullah berkata, formulasi unik diperoleh hasil penyelidikan nano­teknologi dari pusat penyelidikan universiti tempatan dengan menghasilkan produk serum untuk wajah dan masker wajah menggunakan ekstrak manggis dan nanas.

“Hasilnya kulit wajah mampu berseri, sihat dan segar dalam waktu yang singkat dan anda pastinya teruja dengan keberkesanan serum dalam masa yang singkat.

“Ia juga tiada bahan terlarang, tiada bahan kimia selain berdaftar dengan KKM dan diperbuat di kilang yg bertaraf GMP, Halal dan ISO untuk kosmetik,” katanya.

Jenama ini dimulakan oleh dua orang profesional bumiputera yang mana misi mereka ialah menyediakan produk kosmetik berlandaskan inovasi saintifik terkini.

Produk penjagaan kulit Nano Cosmetics menuntut untuk membantu wanita yg sibuk dengan kerjaya dan keluarga tapi masih pentingkan kecantikan dan produk yang berkualiti serta ingin kulit sihat dan berseri sepanjang usia.

Sumbet: MH

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button