Hiburan

“Saya buang ego untuk dapat Pekin Petra” – Pekin Dedah Cabaran Bersama Isteri Cuba Dapatkan Anak Selama 4 tahun

Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim baru-baru ini berkongsi tentang cabaran bersama isteri menantikan cahaya mata selama empat tahun.

Menerusi wawancara bersama radio Zayan dalam segmen Kisah Inspirasi Zayan, Pekin memberitahu bahawa dia tidak merancang untuk mempunyai anak pada tahun pertama perkahwinannya bersama isteri, Mona Allen.

Sebenarnya pada tahun pertama tu kita memang merancang untuk tiada anak lagi kerana masih sibuk dengan kerja tapi tahun kedua dah bersedia nak ada anak masih tiada rezeki.”

Walau bagaimanapun, setelah kedua-duanya bersedia, pasangan tersebut masih tidak mempunyai rezeki dan gagal untuk menambah ahli baharu ke dalam keluarga mereka.

Kita ingat bila dah ready nak anak terus jadi tapi tidak kerana yang bagi itu hanya Allah.”

Tambahnya lagi, dia dan isteri mengalami tekanan dan menggunakan pelbagai kaedah moden dan tradisional untuk menimang cahaya mata.

Pelakon filem Rock Oo! itu juga mengakui bahawa tekanan lebih kepada isterinya kerana melihat rakan-rakan yang hamil setelah berumah tangga.

Tekanan lebih kepada Mona kerana dia nampak kawan-kawan dia hamil dan bawa anak. Tapi saya stressed bila dia beritahu yang dia nak anak tetapi kami belum dikurniakan lagi anak.”

Bercerita lebih lanjut, pada tahun ke empat perkahwinan, Pekin membuat pemeriksaan kesihatan di hospital dan didapati dia dan isterinya tidak mempunyai sebarang masalah tentang kesuburan.

Bila masuk tahun ke empat kena tawakal lah…Sebagai seorang lelaki kena buang ego maknanya pergi buat pemeriksaan di hospital. Tapi lega kerana masing-masing tiada masalah, cuma Allah belum beri.

Sekadar info, Pekin dan Mona Allen berjaya menimang putera sulung mereka pada 31 Ogos 2022 di sebuah hospital swasta di Selangor.

 

Sumber: Beautifulnara, Pa&ma

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button