Hiburan

“16 Tahun selama ini berdua..” Baru je sah bergelar isteri, Reaksi Anak Mas Idayu jadi perhatian Ramai

SELEPAS 16 tahun bergelar ibu tunggal, penyanyi Mas Idayu akhirnya kernbali bergelar isteri kepada Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa dengan sekali lafaz pada pagi Jumaat dalam linangan air mata.

Mas atau Mas Idayu Mesnun, 50, dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Nikah Masjid Jamek Kampung Baru iaitu Azizi Abd Hamid yang berwakil walikan bapanya, Mesnun @ Mesnun Hassan pada majlis yang diadakan di Magica Event Hall, Quill City Mall, Kuala Lumpur.

Muhammad Sufian, 51, menyerahkan RM1,001 sebagai mas kahwin berserta tujuh dulang hantaran yang dibalas lima dulang kepada pengantin lelaki manakala wang hantaran dirahsiakan jumlahnya.

Dalam pada itu, pasangan pengantin kelihatan anggun dan kacak dalam persalinan sedondon berwarna merah jambu rekaan Anas Abdullah dan solekan oleh Fazrin Wahid. Majlis bertemakan fairytale dan Inggeris itu turut disakslkan oleh ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

 

Sahabat handai dan rakan media yang membuat liputan pernikahan pasangan berkenaan. Pada 4 September lalu, Mas mengadakan majlis adat bersiram selain majlis berinai pada malam Khamis yang diadakan di sebuah hotel di ibu negara.


Terdahulu, Sufian menghantar rombongan merisik Mas di kediaman keluarga penyanyi itu di Kota Tinggi, Johor pada Mei lalu. Sufian menyerahkan mas kahwin sebanyak RM1,001 kepada isterinya.

Menariknya mengenai perkahwinan pasangan ini, is mendapat tajaan pelbagai pihak yang dianggarkan berjumlah RM7 juta. Sementara itu, Mas dan Muhammad Sufian akan diraikan dalam majlis resepsi.

Mas Idayu yang ditemani anaknya, Nur Dayini tidak dapat menahan sebak sebaik sahaja bergelar isteri. Mas memberitahu seperti kebanyakan pasangan lain, dia turut mengharapkan perkahwinan keduanya ini akan berkekalan sehingga akhir hayat.

 

 

“Sejujurnya perkahwinan kedua ini sangat bermakna kerana sebelum ini tiada sebarang persandingan atau acara meriah. “Jadi boleh dikatakan majlis ini seperti perkahwinan pertama, tetapi apa lebih penting adalah perjalanan hidup selepas 16 tahun saya hidup sendirian,” katanya. Pasangan ini dijangka akan ke Santorini, Greece sebagai lokasi bulan madu selama dua minggu.

Terdahulu, Mas Idayu dan Muhammad Sufian saling mengenali sejak program Mentor 3 pada 2008 lalu dan baru menjalin hubungan serius pada tahun ini.

Mas Idayu yang mesra dengan panggilan ‘mommy’ pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Aman Graseka pada 1997 dan bercerai pada 2006. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Dayini Asyiqa yang kini berusia 25 tahun.

Sumber mstar.

Kredit: Aud1r8.com

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button