Hiburan

(Video) Sempat layan selfie dengan peminat, Lamborghini Syamsul berasap tepi jalan

NAMA pengarah Syamsul Yusof sekali lagi menjadi perhatian netizen apabila kereta mewah jenis Lamborgini miliknya dirakam berasap di tepi jalan.

Menerusi video yang tular di TikTok, Lamborghini berwarna kuning itu tiba-tiba mengeluarkan asap tebal ketika berada di Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur sehingga menarik perhatian orang ramai

Kenderaan itu dipercayai milik Syamsul apabila pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu dilihat keluar daripada kenderaan tersebut untuk memeriksa keadaan kereta mewah kesayangannya itu.

Sebelum kejadian, Syamsul dikatakan sempat melayan peminat.

Video berdurasi 11 saat yang dimuat naik pengguna TikTok dikenali sebagai @cmfavorite atau Syaza itu memperlihatkan Syamsul yang memakai baju kemeja dan bertopi tenang ketika keluar daripada keretanya.

“Lambo (Lamborghini) abang Sol (Syamsul) berasap ke tu?,” tulisnya pada bahagian kapsyen video berkenaan.

Sementara itu, seorang lagi pengguna TikTok @iema7386 pula mendedahkan dia sempat bertemu dengan Syamsul sebelum kejadian keretanya berasap.

Menerusi video yang dikongsi, Syamsul yang sedang berhenti di lampu isyarat kelihatan sedang memeriksa sesuatu pada keretanya seolah-olah sudah mengesan masalah pada kenderaan tersebut.

Syamsul yang membuka bumbung kenderaan tersebut dilihat bersama seorang kenalannya di bahagian penumpang sempat melayan permintaan peminat bermotosikal yang ingin berswafoto dengannya.

Kereta mewah milik Syamsul didakwa berasap di tepi jalan.

“Sebelum kejadian… Dah perasan Syamsul macam tengah tengok dekat dalam kereta dia. Mungkin masa tu ada keluar lampu amaran pada meter kereta.

“Dalam masa yang sama sempat melayan peminat untuk berselfie,” katanya.

Usaha mStar untuk mendapatkan penjelasan daripada Syamsul berhubung insiden itu bagaimanapun tidak berjaya apabila pengarah itu tidak menjawab panggilan yang dibuat kepadanya.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button