Hiburan

“Sampai hati kau kenakan orang but4” – P0ket kosong pergi buat show, sekarang Caliph Busker terp4ksa merayu minta bayaran.

ANGGOTA kumpulan Caliph Busker iaitu Fendy Adlun terp4ksa merayu kepada pihak penganjur sebuah acara di Pulau Pinang agar membayar wang persembahan mereka yang dibuat pada 9 dan 10 Disember lalu.

Fendy, 31, berkata, pihak tersebut seolah-olah mengelak dengan memberikan pelbagai alasan meskipun sudah memberi kelonggaran dengan tidak mengambil wang deposit sebelum mengadakan persembahan.

Jelasnya mereka sangat memerlukan wang berkenaan disebabkan hanya bergantung dengan pendapatan persembahan pentas dan busking.

“Kami sudah bertolak ansur tidak mem4ksa memberi deposit yang sepatutnya kami ambil, sekarang kami juga mohon agar pihak berkenaan dapat membayar paling tidak separuh dahulu kepada kami.

Caliph Busker tidak menerima sebarang bayaran selepas persembahan.

“Sampai hati kau kenakan orang but4. Kalau aku boleh kerja macam kau, tak apa. Tapi inilah kerja yang kami ada… kalau tak buat persembahan pentas, busking.

“Busking pun kau faham-fahamlah musim hujan sekarang. Kadang-kadang busking pun tak dapat apa-apa. Jadi, bila ada show barulah sedap sikit,” katanya.

Fendy berkongsi perkara itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di Instagram miliknya.

Difahamkan, pihak penganjur persembahan berkenaan menjanjikan bayaran sebanyak RM10,000 kepada kumpulan berkenaan.

Dalam pada itu, Fendy memberitahu demi menjayakan acara tersebut, mereka menolak beberapa undangan lain kerana percayakan penganjur berkenaan.

Malah dedahnya, ada di antara mereka yang pergi ke Pulau Pinang tanpa sebarang wang dalam poket kerana mengharapkan bayaran dijanjikan selepas selesai persembahan.

Caliph Busker harap pihak penganjur bertanggungjawab.

“Kalaulah kalian tahu, kami sudah pun menolak beberapa undangan lain kerana mahu memenuhi undangan kalian.

“Ada juga antara kami yang datang ke tempat kalian tanpa membawa satu sen pun kerana mengenangkan janji kalian untuk membayar kami setelah selesai kami membuat persembahan,” jelasnya.

Untuk rekod, Selain Fendy, Caliph Buskers dianggotai Azmi Saat sebagai vokalis, Zaki Ismail (pemain gitar bass) dan Nirwan Zainalabidin (pemain gitar).

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button