Viral

Pemuda India pelvk Islam selepas 5 tahun bercinta dengan awek Melayu, tiba-tiba putus… Adam nak mulakan hidup baru!

CINTA berbeza agama pasti ada cabarannya kerana ia melibatkan isu iman dan perasaan.

Hal yang sama berlaku kepada gadis bernama Syaza Layaliya Nasarudin, 20, apabila dia jatuh cinta kepada pemuda India dikenali sebagai G. Jeeva Raj, 21.

Cerita Syaza, kisah cinta mereka bermula pada 2017 ketika kedua-duanya masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Jana, Perak.

“Kelas kami bersebelahan dan selalu terserempak.

“Saya memang dah lama berminat dengan dia, tapi dia yang mula mesej saya dulu di Instagram dan minta nombor telefon saya, dan saya pun bagi.

Hubungan mereka semakin pulih walaupun menghadapi cabaran.

“Selepas itu, kami berborak dan saya baru mengetahui yang dia bukan Islam. Tetapi apabila dia beritahu sukakan saya, saya terima sahaja,” katanya kepada mStar.

Terdahulu Syaza berkongsi foto kompilasi kisah cintanya di TikTok hingga meraih lebih dua juta tontonan dan 150,000 tanda suka sebelum ianya dipadam tanpa diketahui puncanya.

Bercerita lanjut, Syaza berkata saat paling manis dalam hubungan mereka apabila Jeeva akhirnya mengambil keputusan untuk mengucap dua kalimah syahadah pada 2021 dan menggunakan nama Adam Raj Gunasehgaran.

“Selepas itu saya mula ajar dia mendalami ilmu agama sikit-sikit seperti berpuasa dan mengaji.

“Memeluk Islam adalah pilihannya namun kami harus terima hakikat bahawa cinta kami tidak direstui bapanya,” kata Syaza.

Mengimbas saat suka dan duka sepanjang lima tahun bercinta, Syaza berkata Adam pernah terlibat dalam kem4langan pada 2018.

Sebagai kekasih, Syaza memikul tanggungjawab menjaga pemuda itu sebaik mungkin hingga pulih daripada kecederaan.

Katanya, Hospital Taiping, Perak menjadi saksi keutuhan cinta mereka apabila dia sanggup menghabiskan masa untuk menjaga kekasih hatinya itu.

Keadaan Adam selepas terlibat kem4langan.

Selepas pulih daripada kecederaan, teman lelakinya itu mengambil inisiatif untuk bekerja di beberapa tempat seperti restoran makanan segera dan kedai serbaneka demi mengumpul duit untuk membeli kereta dan motosikal baru bersama Syaza.

“Ya waktu tu kami kumpul duit sama-sama. Walaupun tiada apa-apa ikatan yang sah, kami berjanji untuk membeli kenderaan bagi memudahkan pergerakan.

“Akhirnya kami berjaya memberi kereta dan motosikal bersama,” katanya lagi.

Namun apakan daya, langit tidak selalunya cerah apabila Adam mengambil keputusan untuk memutuskan hubungan mereka pada Jun lalu selepas lima tahun menjalin hubungan cinta.

Semuanya gara-gara kehadiran orang ketiga yang dikenali Adam di tempat kerja baharunya.

Saya bagi dia peluang kedua sebab rasa sayang itu lebih daripada rasa saklt.

SYAZA LAYALIYA NASARUDIN

“Saya pun terkejut dengan berita itu dan mengalami anxiety teruk. Saya hilang arah sekejap lepas putus, sampai diberhentikan kerja sebab tak dapat nak fokus.

“Berat saya turun sebanyak 15 kilogram setelah kejadian itu.

“Walaupun dah putus, dalam tempoh tersebut saya tetap menaruh harapan kepada Adam dan akan berikan peluang kedua jika dia pilih untuk kembali bersama saya,” ujarnya.

Akhirnya pada November lalu iaitu selepas lima bulan berpisah, Syaza dan Adam kembali bersama sebagai pasangan kekasih.

Adam mahu memutuskan hubungan dengan Syaza kerana mahu memulakan hidup baharu.

“Saya bagi dia peluang kedua sebab rasa sayang itu lebih daripada rasa sakit. Sepanjang perjalanan bercinta itu saya ikhlas sayang dia, dan dia pun berusaha untuk menjadi yang terbaik sejak zaman sekolah lagi.

“Saya bimbing dia ke arah Islam dan banyak tolong dia, banyak tenaga, duit dan masa dah rugi. Saya pun beritahu dia yang saya sentiasa tunggu dia,” katanya.

Kini kedua-dua mereka sedang mengumpul duit untuk mendirikan rumah tangga dan merancang untuk mengadakan majlis merisik pada tahun depan.

Rata-rata netizen di TikTok berkongsi perasaan terkejut mereka apabila pengakhiran kisah cinta antara Syaza dan Adam rupanya lebih baik daripada dijangkakan.

“Nasib saya baca sampai habis, kalau tak kesian teman lelaki awak kena makl.

Antara komen netizen.

“Dia baru sedar yang tak ada orang boleh gantikan tempat awak walaupun dia cuba pergi bersama yang lain. Baguslah untuk awak.

“Nasib pengakhiran cantik, baru nak mengamuk. Baik dan kuat betul adik ini boleh terima, kalau saya memang tak ada peluang kedua, lantak dialah.

“Air mata saya masuk balik, InsyaAllah semoga awak dipercepatkan naik pelamin dan bina rumah tangga yang bahagia, amin,” kata seorang netizen.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button