Isteri bersuara isu persenda Nabila Razali, minta jangan anggap Atu Zero somb0ng – “Dia turun sendiri beri bantuan orang sus4h”
SUSULAN komen berbentuk sindiran yang dibuat Atu Zero menerusi program The Masked Singer Malaysia, isteri pelawak berkenaan iaitu Shafeeqa Johari turut memohon maaf di atas ketelanjuran kata suaminya kepada penyanyi Nabila Razali.
Shafeeqa berkata, Atu sekadar melawak namun sudah menegur sikap suaminya itu yang terlalu banyak membaca komen-komen warganet.
“Permulaan tahun baharu untuk kami. Misi bantuan kami pun tak viral begini. Atu… Atu, sebarang sahaja kamu ini. Banyak sangat baca komen netizen dia ini.
Minta maaf ya Nabila Razali. Dia melawak saja itu,” katanya.
Isteri Atu tampil mohon maaf bagi pihak suami.
Perkara itu dikongsi Shafeeqa menerusi Instagram miliknya yang turut memaparkan rakaman video Atu mengeluarkan komen tersebut selain rakaman pelawak itu sedang sibuk membantu m4ngsa benc4na.
Dalam pada itu, Shaafeqa berkata, dia berharap orang ramai tidak menganggap Atu sebagai seorang insan yang sombong ekoran penularan video tersebut kerana pelawak itu sebenarnya seorang pemurah.
“Kami ini bukan siapa-siapa, dia hanya seorang penghibur. Biarpun bukan pemegang anugerah apa-apa. Ibarat warna warni kehidupan. Demi Allah tidak sombong insan yang bernama Atu ini.
“Jika sombong, tidak dia turun sendiri memberi bantuan untuk orang sus4h,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Shafeeqa turut memuji bakat lakonan Nabila malah mengakui dia salah seorang peminatnya.
Banyak sangat baca komen netizen dia ini. Minta Maaf ya Nabila Razali.
SHAFEEQA JOHARI
ISTERI ATU ZERO
“Kawan-kawan boleh tengok lakonan dia ya. Ramai yang memuji lakonannya. Saya pun tengok,” ujarnya.
Sementara itu, Atu memaklumkan telah pun meminta maaf secara peribadi kepada penyanyi berkenaan atas keterlanjuran tersebut.
“Saya sudah minta maaf. Apa-apa pun selamat tahun baru semuanya. Semoga dipermudahkan urusan semua,” katanya di ruang komen Instagram mStar.
Isteri Atu kata suami tidak sombong.
Melihat ke ruangan komen rata-rata warganet bersetuju dengan komen yang dikatakan Atu.
Malah mereka turut memaklumkan agar artis berkenaan tidak sentap dengan komen sebegitu memandangkan itu adalah kebenaran.
“Betul apa yang Atu cakap itu. Walaupun sekadar melawak tapi netizen tahu apa yang Atu kata itu betul. Nak terasa kenapa dah memang dia tak boleh menyanyi.
Nabila luah rasa kecewa di Instagram.
“Saya sokong Atu, tolong jangan sentap memang banyak lagi pelawak lain yang jadikan artis lain sebagai bahan,” antara komen netizen.
Sebelum ini, penyanyi Nabila Razali meluahkan rasa kecewa terhadap komen pelawak Atu Zero yang menyindir dia tidak boleh menyanyi secara live ketika muncul di The Masked Singer Malaysia pada malam Jumaat.
Kata Nabila, komen tersebut tidak sepatutnya dijadikan bahan jenaka di program televisyen.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda