Hiburan

“Rumah itu nama saya” – Shila Amzah guna ‘kuasa veto’ jual banglo, tak halau ibu dan adik-beradik

SUSULAN pendedahan Syada Amzah yang mendakwa dia dan keluarga bakal dihalau keluar daripada kediaman yang diduduki, penyanyi Shila Amzah tampil menyuarakan perkara sebenar yang berlaku.

Mengakui mahu menjual rumah tersebut tanpa perbincangan terlebih dahulu, Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, berkata tujuannya mahu mencari sebuah kediaman baharu yang lebih selesa.

“Benda ini secara berterus terang, tiada salah faham. Tak ada peringkat nak berbincang antara kami sebab saya dah buat kuasa veto. Saya nak jual sebab nak kena tanggung, itu adalah rumah saya.

Shila mencari kediaman yang lebih selesa untuk keluarga.

“Rumah yang keluarga saya duduk itu nama saya. Jangan risau, tiada sesiapa halau keluarga. Saya pikul tanggungjawab menjadi ketua keluarga, saya nak jual rumah itu supaya boleh beli rumah yang lebih baik,” katanya menerusi siaran langsung di aplikasi TikTok pada Rabu.

Ditanya tujuan dia mahu mencari rumah baharu untuk keluarga, Shila berkata dia enggan mengenang kisah lama yang tersimpan dalam kediaman berkenaan.

“Korang cuba bayangkan situasi ini. Rumah itu penuh dengan elemen-elemen kehidupan yang tak elok dengan kisah-kisah lama yang mungkin kita tak nak ingat.

“Bila ibu bapa bercerai, rumah itu ada kenangan yang tidak seronok.

“Saya akan cari rumah sewa untuk keluarga saya. Saya sedang mencari kondominium untuk ibu dan adik-adik duduk sebab boleh ada lifestyle, persekitaran yang lain. Saya nak cari yang lagi selesa, senang nak kemas,” ujarnya.

Dalam pada itu, Shila turut meluahkan rasa sedih apabila dituduh menghalau keluarga.

Saya dah buat kuasa veto. Saya nak jual sebab nak kena tanggung sendiri rumah itu.

SHILA AMZAH

PENYANYI

Sedangkan selama ini dialah yang memikul tanggungjawab memberi tempat berlindung kepada keluarga.

“Kenapa saya yang bersalah sedangkan saya nak bagi yang terbaik untuk keluarga. Orang dekat luar sana mungkin ingat saya ini anak tidak bertanggungjawab, tapi bila dekat dalam rumah, tiada siapa yang boleh buat keputusan secara dewasa.

“Saya dah jadi ketua keluarga sebab tidak ada orang nak pikul tanggungjawab ini.

Shila dan keluarga semasa hari pertunangannya.

“Pada saya daripada biarkan rumah itu teruk tidak dijaga, lebih baik jual tetapi masing-masing anggap saya seorang yang jahat,” katanya.

Pada Isnin lalu, Syada mendedahkan seorang individu tidak dikenali tiba-tiba datang ke rumahnya untuk melihat kediaman tersebut.

Dia turut meluahkan kekecewaan seperti dihalau daripada rumah sendiri sehingga menyifatkan dirinya bagai haiwan jalanan.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button