Hiburan

“Kau Tak Reti Bahasa Ke..”- Aliff Syukri Disekolahkan Brader ni. Sampai Bergetar Tangan Dia ‘S0und’

Penampilan usahawan kosmetik Aliff Syukri Kamarzaman bersama penyanyi Baby Shima menerusi perkongsiannya di Instagram menimbulkan kontroversi baru-baru ini.

Beliau dikatakan bakal melancarkan lagu terbaru bergenre Dangdut berjudul Baby Sayang, hasil duet bersama Baby Shima pada 17 Ogos nanti.

Video ada di bawah sekali..

Meskipun lagu tersebut belum lagi diperdengarkan kepada para pengikut di akaun Instagramnya, dua selebriti itu teruk dikecam disebabkan aksi kurang manis yang ditonton orang ramai.

Teaser muzik video lagu itu yang dimuatnaikkan ke Instagram Aliff, menampilkan Shima yang hanya berseluar pendek berwarna hitam dan berstoking hingga ke paras paha sambil bergelek.

Berdasarkan reaksi yang membanjiri ruangan komen di Instagramnya, warga netizen kelihatan mengutuk penampilan kedua-dua selebriti itu yang dianggap tidak bermoral dan seolah-olah tidak menjaga sensitiviti masyarakat Muslim.

Bukan itu sahaja, ada segelintir warga netizen turut melabelkan Shima sama seperti pelakon lucah disebabkan oleh aksinya yang menggoyangkan punggung dalam muzik video tersebut.

Warga netizen menganggap Aliff seperti tidak serik menghasilkan kandungan yang dianggap mengaibkan.

Malah, sekitar awal tahun ini, Aliff pernah berjanji untuk tidak mahu lagi terjebak dengan gimik murahan demi meraih populariti.

Beliau berkata demikian kerana sesuai dengan peningkatan usianya.

Walau bagaimanapun, Aliff bertindak menutup ruangan komen selepas menyedari video berkenaan mendapat kec4man.

Baby Shima, Aliff Syukri per0sak industri seni?

”Dislike’ dan ‘report’.” Itu kebanyakan komen yang memenuhi hantaran terbaharu penyanyi kontroversi Baby Shima di Instagram bagi mempromosikan video muzik lagu terbaharunya dengan usahawan Datuk Seri Aliff Syukri, Baby Sayang.

Komen itu muncul ketika warganet dan peminat muzik tanah air mula berasa jelik dengan tindakan kedua individu itu yang dilihat seakan-akan tidak mengendahkan teguran daripada orang ramai termasuk golongan agamawan.

Sepanjang minggu ini, baik Baby Shima mahupun Aliff Syukri, mereka giat memuatnaik hantaran video berbentuk ‘teaser’ video muzik itu yang dilancarkan hari ini.

Malah, Aliff Syukri juga didakwa menggunakan pendekatan tidak lagi mahu aktif di media sosial sebagai satu agenda gimik mereka.

Buktinya, Aliff kembali muncul di Instagram dengan memuatnaik ‘teaser’ video muzik itu, semalam sekali gus mengundang kecaman warganet yang menganggap dia sekadar cakap tak serupa bikin.

Meninjau di ruangan komen IG Baby Shima, antara komen lain warganet adalah; “Perosak industri seni tanah air,” tulis @nfarizwafiy_”Tengah cuba cari di mana sedapnya atau dari sini pun tak menarik,” komen @cikpuannurul_ Pengguna @syafie.nassar pula komen, ‘Senang je boikot. Jgn tengok. Unfollow Report je terus.’

‘Mereka yang banyak berimaginasi’ – Baby Shima

“Komen netizen ini saya tak ambil kisah. Saya tak boleh kawal orang nak cakap apa, mungkin mereka yang banyak menonton (cerita tidak bermoral) dan berimaginasi,” kata penyanyi sensasi, Baby Shima terhadap segelintir netizen yang mendakwa dia seperti pelakon luc4h.

Dakwaan kurang manis itu diterima Baby Shima atau nama sebenarnya, Nor Ashima Ramli selepas perkongsian ‘teaser’ lagu dangdut, Baby Sayang nyanyian duetnya bersama Datuk Seri Aliff Syukri di Instagram ahli perniagaan berkenaan.

Baby Shima berkata, lagu Baby Sayang itu pun mengisahkan pasangan yang ‘angau bercinta’ dan mereka mengharapkan hubungan dijalin berkekalan selamanya.

Menurut Baby Shima, menyanyi sambil bergelek adalah perkara biasa sebagai penyanyi dangdut.

Ditanya mengenai dakwaan dia bekerjasama dengan Aliff demi untuk mengejar ‘trending’ di YouTube, Baby Shima menjelaskan semua penyanyi masa kini yang keluarkan lagu mengharapkan single mereka ‘trending’ di media sosial dan platform digital.

“Kerjasama saya dengan Aliff pun sebenarnya tidak di rancang. Saya cuma dapat lagu itu dan apabila mendengar melodi dan lirik lagunya dah rasa ‘best’. Sejak pada awal lagi, saya tidak tahu langsung siapa rakan duetnya sehinggalah ketika hari rakaman lagu dibuat.

“Apabila tahu Aliff ada rakan duet itu, saya okey saja. Saya yakin kami boleh bekerjasama dengan profesional kerana sudah saling memaafkan kira-kira setahun yang lalu atas perselisihan yang berlaku di Jakarta, sebelum ini,” katanya kepada Harian Metro.

Rata-rata netizen kurang senang dengan tindakan Aliff syukri yang dilhat sengaja membuat kontroversi sehingga menerima pelbagai kecaman. Dalam video ini, individu ini telah berikan nasihat dan teguran kepada Aliff syukri agar tidak melakukan perkara begitu. lihat video penuh dibawah..

Lihat video ini:

 

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jgn Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

Pihak kami tldak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button