Hiburan

“Nafkah Batin Tak Dapat Saya Tunaikan Kerana…”- Suami Miera Liyana

Suami pelakon Miera Liyana, Rosland Othman , 50, memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan hari ini, bahawa tidak pernah mengabaikan nafkah terhadap isteri pertama dan lima anaknya meskipun sedang melalui perbicaraan kes nusyuz.

Rosland, 50, berkata demikian apabila ditanya peguamnya, Nurul Balqis Nordin semasa perbicaraan kes nusyuz.

Ketua Pegawai Eksekutif Sarawak Consolidated Industries Bhd milik syarikat Serba Dinamik itu mendakwa memberi nafkah antara RM15,000 sehingga RM20,000 sebulan.

“Sehingga semalam pesanan membeli barang dapur saya tunaikan. Insya- Allah semuanya lengkap seperti ansuran rumah, bil elektrik, perbelanjaan persekolahan, kad kredit diberi tapi masih keluarkan kenyataan saya tidak bertanggungjawab.

Think twice before reheating these foods

“Saya boleh tunjukkan apa bayaran dia dapat, saya ada beri tunai tidak termasuk perbelanjaan sekolah dan kenderaan anak.

“Tapi masih mengatakan saya tidak bertanggungjawab dan tidak memberikan nafkah kepada anak-anak sedangkan saya masih beri walaupun saya tidak keluar kenyataan di media, saya suka simpan fakta ini di mahkamah.

“Secara keseluruhan jumlah saya beri lebih RM15,000 hingga RM20,000. Walaupun dalam keadaan ekonomi meleset dan bisnes (perniagaan) tidak menentu (beri nafkah) tapi masih ada tohmahan tidak berasas,” katanya ketika prosiding perbicaraan kes nusyuz, hari ini.

Gempak yang hadir membuat liputan menyaksikan Rosland hadir bersama adiknya Kamarul dan Mohd Hafeez Othman serta ibu dan abang Miera Liyana, Aisah Abdullah dan Mohd Fadley Kasmi.

Ibu Miera Liyana dipilih Rosland jadi saksi kes nusyuz Adibah. Kes itu belum selesai dan bakal dibicarakan dengan menampilkan saksi daripada Adibah pada 8, 14 dan 22 Jun depan.

Plaintif iaitu Rosland memfailkan nusyuz terhadap Adibah Abdul Mutalib, 50, selepas dikatakan keluar rumah tanpa keizinan pada 24 September 2021.

Dalam prosiding itu, Roslan menyatakan dia pulang awal ke rumah pada jam 6.30 petang hari kejadian untuk membawa anak mereka keluar, namun Adibah tiada di rumah.

Beliau mendakwa sudah beberapa kali berpesan kepada defendan supaya tidak keluar rumah sebelum beliau sampai tetapi defendan ingkar menyebabkan beliau menyekat nombor Adibah sehingga kini.

Diminta peguam untuk menjelaskan lagi mengenai nafkah diberikannya, Rosland mengakui tidak lagi memberikan nafkah batin kerana mereka sudah tidak sefahaman.

“Seperti saya katakan tadi, saya dan defendan sedang melalui kes nusyuz kerana dia tidak lagi mengendahkan kata-kata saya sebagai suami.

“Selagi kes ini tidak selesai, sudah tentu dari segi nafkah batin tidak dapat saya tunaikan. Saya dengan dia tidak ada persefahaman dan tidak ada persetujuan lagi bagaimana untuk teruskan, adalah agak sukar,” katanya.

Rosland sebelum ini memfailkan cerai terhadap Adibah di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Bagaimanapun, Adibah menolak permohonan cerai yang difailkan Rosland dan mahkamah mengarahkan kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes perceraian itu.

Kisah rumah tangga pasangan terbabit menjadi perhatian sebaik Rosland memfailkan cerai terhadap isteri pertamanya.

Namun, madu kepada Miera Liyana itu dilaporkan mahu terus mempertahankan rumah tangga bersama suami walaupun perkahwinan dilanda badai sejak dua tahun lalu.

Adibah berkata, dia tidak berhasrat bercerai dan mengaku masih sayangkan rumah tangga yang dibina sejak 28 tahun lalu, meskipun suaminya mengamalkan poligami selepas berkahwin dua dengan pelakon terbabit pada Julai 2020.

Rosland dan Adibah mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan dikurniakan lima anak yang kini berusia 11 hingga 26 tahun.

Pada 25 Julai 2020, Rosland berkahwin dengan Miera Liyana dan dikurniakan seorang cahaya mata.

Sumber: Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button