Hiburan

“Jangan nak gila glamor”… Miera Liyana kata kebenaran akan terbongkar

KETIKA kemelut rumah tangga membabitkan suaminya Rosland Othman dan isteri pertama iaitu Adibah Abdul Mutalib menjadi bualan hangat netizen, pelakon Miera Liyana dilihat memuat naik status di Instastory seolah-olah memberi bayangan berhubung isu berkenaan.

Dalam perkongsiannya itu, Miera atau Miera Leyana Kasmi, 30, berkata ada cerita sebenar yang tidak diketahui umum dan berharap satu hari nanti orang ramai akan mengetahui kebenarannya.

Dia juga menitipkan pesanan agar pihak tertentu tidak terlalu mengejar populariti sehingga menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya.

Miera minta seseorang jangan nak kejar populariti.

“Sentiasa ada dua sisi dalam setiap cerita. Jangan nak gila glamour. Satu hari korang akan tahu kebenaran. Hati-hati dengan fitnah akhir zaman.

“Sekian dari Miera Leyana, nak masak jap untuk suami dan anak-anak. Okay selamat tinggal,” katanya.

Miera bagaimanapun tidak memperincikan secara jelas kepada siapakah tulisan itu ditujukan.

Terdahulu, Adibah tetap mahu mempertahankan rumah tangga bersama Rosland meskipun hubungan mereka sudah dilanda masalah sejak 2021 semasa hadir di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada Rabu bagi urusan pelantikan Jawatan Kuasa Pendamai (JKP) urusan rumah tangga mereka.

Kata Adibah, dia yakin dirinya berada di pihak yang benar dan hanya meminta agar suami menjalankan tanggungjawab sebagai ketua rumah tangga.

Adibah enggan yakin dia berada di pihak benar.

Untuk rekod, Adibah dan Rosland mendirikan rumah tangga pada 3 Jun 1995 dan hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Manakala itu, Rosland bernikah dengan Miera pada 25 Julai 2020 dan mereka memiliki seorang anak perempuan yang lahir pada Mei 2021.

Sumber: mStar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button