Puteri Sarah enggan tarik saman Ira Kazar, Syamsul minta diskaun nafkah anak punca lafaz cerai tak jadi
PELAKON Puteri Sarah Liyana mendedahkan Syamsul Yusof membatalkan hasrat untuk mencerikannya kerana dia tetap mahu meneruskan saman terhadap madunya, Ira Kazar.
Puteri Sarah, 38, berkata, dia tetap dengan pendiriannya itu dan tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga aktres berkenaan kerana itu adalah hak yang diperjuangannya.
“Saya tidak akan menarik semula tuduhan terhadap keluarga Kazar kerana selama ini, itu yang saya perjuangkan,” katanya.
Puteri Sarah mengulas perkara itu selepas Syamsul membatalkan hasrat melafazkan cerai terhadapnya di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan pada Selasa.
Puteri Sarah tetap mahu bercerai.
Sebelum ini Syamsul bersetuju untuk bercerai secara baik selepas hasil pertemuan dengan Puteri Sarah selain berbuka puasa bersama.
Sehubungan itu, mahkamah meneruskan prosiding dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaluddin Ilyas.
Dalam pada itu, Puteri Sarah berkata, Syamsul juga tidak bersetuju dengan jumlah nafkah yang dituntut buat kedua-dua anak mereka, Syaikhul Islam, 6 dan Sumayyah, 5 tahun.
Jelasnya, Syamsul meminta pengurangan bayaran nafkah dan mereka gagal mencapai kata sepakat berhubung perkara itu.
“Lebih mengejutkan lagi, Syamsul meminta diskaun untuk bayaran nafkah anak sedangkan kami tak minta banyak pun,” katanya.
Tambahnya, jumlah tuntutan nafkah yang diminta daripada Syamsul adalah hasil perbincangan bersama ibu bapa mentuanya iaitu Datuk Yusod Haslam dan Datin Patimah Ismail.
Kata Puteri Sarah, ibu bapa mentuanya juga percaya tuntutan yang dibuat adalah berpatutan mengikut kemampuan Syamsul.
“Saya tidak mahu beritahu amaun kerana ia akan memalukan tapi dia minta diskaun pula.
Syamsul dan Ira berkahwin di Thailand.
“Sebelum itu saya ada berbincang dengan ibu bapa mentua dan mereka juga terkejut dengan jumlah yang saya minta.
“Saya tidak mahu minta lebih-lebih, jadi saya minta apa yang masuk akal sahaja,” katanya.
Sehubungan itu, mahkamah menetapkan 25 Mei ini sebagai sebutan semula kes dan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) pasangan tersebut.
Pada 10 April lalu, Puteri Sarah dan Syamsul sama-sama hadir ke mahkamah bagi keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) dan mereka akhirnya sepakat untuk bercerai secara baik.
Puteri Sarah menyifatkan nafkah yang diminta berpatutan.
Aktres itu pada 16 Januari lalu memfailkan permohonan cerai terhadap Syamsul namun pengarah itu enggan menceraikannya atas alasan percaya ada harapan untuk mereka kembali berbaik.
Puteri Sarah memberi alasan sudah tiada persefahaman selain berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah bernikah pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6, dan Sumayyah, 5 tahun.
Sementara itu pada 6 Januari lalu, Syamsul membuat kejutan mengumumkan dia sudah bernikah dua dengan Ira Kazar di Thailand.
Sumber: mStar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.