Hiburan

Ibu Sedia Tengok Syamsul Dan Puteri Sarah Berdamai Tapi Syaratnya Buat Syamsul Fikir Banyak Kali

IBU kepada pengarah Syamsul Yusof iaitu Datin Patimah Ismail sedia melihat anaknya itu berdamai dengan isteri pertama, Puteri Sarah Liyana.

Bagaiamanapun Patimah menegaskan ada syarat perlu dipatuhi sekiranya Syamsul bersungguh mahu menyelamatkan rumah tangganya.

Pun begitu, Patimah juga menyolong jika Puteri Sarah mahu mencari kebahagiaannya sendiri sekiranya perpisahan adalah penyelesaian terbaik buat semua pihak.

Sarah tetap dengan pendirian mahu menuntut cerai.

“Kami mohon Puteri Sarah berdamai dengan bersyarat, tetapi dia berhak membuat keputusan sendiri untuk meneruskan kehidupannya bersama anak-anak,” tulisnya.

Patimah menulis perkara tersebut dalam satu hantaran di laman Instagram miliknya pada Sabtu.

Menerusi hantaran berbeza, Patimah menyatakan dia memahami apa sedang dilalui Puteri Sarah dan sentiasa menyokongnya.

“Mama dan papa amat memahami derita yang ditanggung, Sarah berhak buat keputusan sendiri, harta paling berharga adalah Syaikhul dan Sumayyah.

“Mama tetap doakan kebahagiaan Sarah menantu kami dunia akhirat tiada pengganti,” ujarnya.

Kemelut rumah tangga Syamsul dan Puteri Sarah terus berlarutan apabila pengarah itu enggan melafazkan cerai pada 7 Mac lalu sebelum mahkamah memerintahkan pasangan itu melantik Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Mama tetap doakan kebahagiaan Sarah menantu kami dunia akhirat tiada pengganti

Pada petang Selasa lalu, Syamsul memfailkan permohonan nusyuz terhadap Puteri Sarah di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Selangor.

Sementara itu Puteri Sarah hadir ke Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur bagi memfailkan permohonan hadanah atau tuntutan hak penjagaan terhadap dua anaknya.

Pasangan ini sama-sama hadir pada sidang JKP di pejabat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Jawi) pada Jumaat bagi proses JPK bersama wakil masing-masing.

JPK berkenaan gagal mencapai sebarang keputusan apabila Puteri Sarah bertegas untuk meneruskan penceraian.

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan perkahwinan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 6 dan Summayah, 4 tahun.

Pada 6 Januari lalu, Syamsul mendedahkan dia sudah bernikah dengan Ira Kazar yang berlangsung di Thailand.

‘Tempiasnya kena pada kami juga’ – Yusof Haslam

“Benda ini berlarutan sampai dalam bulan puasa. Saya pun tak selesa,” kata Datuk Yusof Haslam, 69, mengenai isu rumah tangga dan pelbagai isu panas membabitkan anaknya, Syamsul Yusof.

Yusof ketika dihubungi berkata, dia berharap semua isu yang timbul dapat diselesaikan dan dijernihkan.

“Apa yang berlaku kepada dia, tempias kepada kami juga sebagai keluarga. Tak ada ibu bapa yang nak lihat anak dia jatuh atau terpinggir. Saya harap, Syamsul dapat istiqamah,” katanya kepada Harian Metro.

Ditanya mengenai isu membabitkan Syamsul dan beberapa pelakon lain seperti Datuk Aaron Aziz dan Farid Kamil, Yusof mendoakan agar ada kedamaian buat semua pihak.

“Saya berdoa dan berharap agar ada jalan perdamaian untuk semua pihak. Saya meletakkan diri saya di tempat orang-orang yang terbabit, contohnya Aaron.

“Dia bukan baru saya kenali. Jadi, saya faham situasi yang menimpa dirinya dan berlaku salah faham antara mereka. Semua ini boleh dielakkan dengan adanya pertemuan antara kedua-dua belah pihak. Lagi pun, mereka adalah sahabat,” katanya.

Semalam, Aaron memuat naik video penjelasan mengenai pengguguran namanya daripada terbabit dalam filem The Original Gangster dengan alasan sudah tua dan gemuk.

Terdahulu, Harian Metro melaporkan, Syamsul bersedia untuk memenuhi permintaan Aaron dan bersemuka bagi menyelesaikan isu pengguguran nama itu.

kredit: mstar

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button