Hiburan

Masih sentap! Sissy Iman batal lancar album rakam di studio Abbey Road – “Rasa Tak Boleh Tengok, 10 Tahun Merangkak …”

TERLALU kecewa dengan apa yang berlaku di pentas Famili Duo minggu keenam pada malam Ahad, penyanyi Sissy Iman mengambil keputusan membatalkan pelancaran albumnya pada Februari ini.

Sissy atau Sissy Imann Mohammad Kamil, 28, berkata, perasaan teruja tentang album yang dirakaman di studio Abbey Road, London itu telah hilang.

Kata Sissy, persiapan album itu telah pun siap dan hanya tinggal menghantar jemputan kepada beberapa rakan rapat untuk hari bermakna buatnya itu.

Luahan hati Sissy yang masih lagi kecewa.

“2 Februari adalah hari sepatutnya Sissy lancar merchandise untuk album yang saya rakam tahun lepas di Abbey Road.

“Fizikal CD dah selesai cetak, kita tengah cetak mug, baju dan beberapa merchandise yang lain. Kita siap rancang nak kumpul rakan-rakan media dan kawan-kawan rapat untuk buat sidang media untuk kongsikan album yang Sissy buat dengan penuh kasih sayang ini.

“Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya saya untuknya tetapi keterujaan itu mungkin sudah hilang sekarang ini. Pagi tadi bangun, bila nampak CD ini Sissy rasa tak boleh tengok,” katanya.

Sissy berkongsi perkara itu menerusi Instagram miliknya pada Isnin yang turut memaparkan sekotak album yang sepatutnya dilancarkan.

Kongsi Sissy lagi, album tersebut dihasilkan sepenuhnya menggunakan wang titik peluhnya sendiri selama 10 tahun berada dalam industri seni.

Namun kerana terlalu sedih, dia tidak boleh melihat lagi album berkenaan sekali gus memilih untuk menyumbangkannya pada mereka yang memerlukan.

Tuhan sahaja yang tahu betapa terujanya saya untuknya tetapi keterujaan itu mungkin sudah hilang sekarang ini.

SISSY IMANN

PENYANYI

“Asalnya Sissy nak jual RM 50. Itu pun tak pulang modal apa pun, apatah lagi nak untung. Album ni memang telan banyak sangat kos dan semua Sissy tanggung sendiri atas duit cari makan selama hampir 10 tahun merangkak dalam industri.

“Tapi saya rasa saya tidak boleh melihatnya tanpa berasa sedih jadi saya melepaskan album ini sebagai sumbangan,” katanya lagi.

Meskipun begitu, dia juga terpaksa meletakkan harga memandangkan perlu menampung beberapa kos penghasilan album berkenaan.

Persembahan Sissy Iman dan Naim Daniel dikritik pedas juri Mas Idayu.

“Sumbangan bermula RM20. Sissy minta maaf sebab terpaksa letak harga untuk Sissy tampung sebahagian kos cetak dan pos sahaja. Terima kasih, semoga Allah merahmati anda semua,” ujarnya.

Sebelum ini, persembahan Sissy dan Naim Daniel menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Hussaini menerima komen pedas Mas Idayu yang menganggap mereka tidak menyanyikan lagu tersebut dengan baik.

Bagaimanapun, Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik sahaja menerima kritikan berkenaan.

Susulan itu, Sissy menyifatkan kegagalan memberikan persembahan cemerlang di program Famili Duo membuatkan dia sedar diri dan ruang tentang kelemahan diri.

Sumber: mStar, Gempak

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published.

Back to top button